Friday, June 14, 2013

kenduri adik (part II)

Ok..post kali ni kenduri sebelah pihak lelaki iaitu sebelah pihak kami. Majlis diadakan secara sederhana dan alhamdulillah..ianya berjalan dengan lancar...., jom tengok gambar yer

Apam polkadot untuk majlis marhaban/naik buai anak adik aku..Qoid Irfan dan anak aku Adeel...

Goody Bag untuk majlis marhaban

untuk kami adik beradik

Surah yassin sempena majlis tahlil buat bonda tersayang....

Tekun betul kaum2 bapa ni.., gambar ni diambil pada malam sebelum majlis. Kaum bapa sedang tekun menampal sticker pada botol-botol comel untuk tetamu.., mereka mengambil masa hampir 5 minit untuk menanggal dan menampal sticker...hahahah...syabas2....

Hantaran beg ni digubah oleh adik aku yang mempunyai minat terhadap gubah-menggubah..., kakak2 yang lain mempunyai minat dengan melihat dan mengkritik..hahaha

Al-Quran digital digubah oleh Lily

Buah-buahan naik basikal oleh Lily., anak aku Adrean hampir mengambil alih tempat buah-buahan ni..fuh!!!!..sempat diselamatkan...

Strawberry coklat oleh Lily lagik...


Kakak kawasan...


Ketibaan raja sehari



Meja makan beradab digubah olek Kak Long dan adik aku Lily.., yang lain dok perhati makanan pengantin...hehehe

"pakcik tawen..pakcik tawen....."..kata Adrean


Aku berpipi bagai kuih paw..bersama kakak dan adik bongsu.., port pilihan kami di candy booth

Masa ni majlis dah habis.., kitorang time ni dok busy mengemas dah, anak aku si Adrean ni jadi tetamu tetap kat sini.., makan nasi tak nak...dok telan je la air kat sini,..


Pengantin
Kak Long berbangga dengan bunga gubahannya.., aku dan anak sedara kat belakang mengexposekan diri..., sila abaikan jari kak long aku tu,,..hahahha
"comei tak kak ton..."
Emmir Rafique...ni lagi sorang pengikut adrean

KAMI..seperti biasa,...kaum Adam takder..kali ni bukan makan di khemah,.,tetapi busy di belakang tabir,...hahaha


Mr Adeel
Menyanyi dan macam bagi nasihat pulak kat bebudak tu.., hahahah...dasyat sangat berkaraoke...

Adam..ikut bapak la ni..suka menyanyi...

Adik ipar aku mensumbangkan suara..laki aku menunggu turn untuk mensumbangkan suara dan nada...

Kepenatan adik ipar aku ni..terbaring depan pelamin....
Abaikan gambar tunggang tebalik ni. Gambar ni masa orang belakang tabir sibuk siapkan makanan untuk pengantin,...


Single la sangat yerrrrrrrrr

Apo kono ni Ezrique...... 

eh dah habis......hahahah, itu jer la yer...., maaf tuan tanah tak larat menaip panjang-panjang....

adib...

situasi : Makan malam
tempat : Di meja makan
Masa : 1030 malam
ahli meja makan : Adam, Adib dan Adrean..., En. Norman jaga Adeel.

Adib : Mama, running man datang malaysia...
Aku : Mana ada..lambat lagi..
Adib : Iyer..Jong Kook dah datang Malaysia.., Mama ni...itupun tak tau...
Aku : buat derk jer..., masa bila ntah Jong Kook datang Malaysia...

hari ni..bukak Beautifulnara... , er....betul lah..Jong Kook datang Malaysia.., adib ni..mana la dia dengar berita-berita terkini ni. Baca blog murai kot....


Thursday, June 13, 2013

kenduri adik (part 1)

Alhamdulillah...Majlis Perkahwinan adik lelaki aku selamat dijalankan dikedua-dua pihak pada bulan Mei lepas. Penat tu,...jangan cakap lah kan., tapi takper...bukan selalu pun buat kenduri kahwin2 ni.., lagipun ni adik lelaki sorang.., siapa lagi nak tolong kalau bukan kakak2 dia yang comei2 ni kan..

ok, meh nak citer..majlis akad nikah diadakan di pada 10 Mei 2013, selepas Isyak di Lepar, Pahang. Sebut pasal Lepar...fuh..jauhnyer kampung adik ipar baru aku ni. Anak aku tidur bangun..tidur bangun..tak jugak sampai. Laki aku tension je tengok aku anak beranak dok mengunyah tak berenti dekat belakang. Takper.."bukan selalu...".itu jelah ayat aku cakap dengan En. Norman.., bermotivated kan diri sendiri dan diri pemandu..hehehe...

Meh tengok gambor meh....



Saat sebelum diakad nikahkan..., Berdebar time ni,,Kitorang je lah yang berdebar kot. Adik aku relax jer..dok senyum2..dok sengeh2 dengan kitorang


"Aku terima nikahnya................."




Kemain senyum adik aku...

Alhamdulillah..dengan sekali akad...Faiz dan Noni dah sah bergelar suami dan isteri.., Semoga berbahagia dunia dan akhirat yer...





Kak Long 1 and Kak Long 2..heheheh..., muka glowing memasing..pakai tabita ker..hihihihi
Our big family...., Kaum Hawa bersama kiddos jer tinggal..Kaum Adam dah ke khemah menjamu selera melupakan anak serta isteri..
  
Kakak dan adik bongsu I...
 :
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Okeh..selepas semua menjamu selera..kami semua pulang ke rumah sewa yang telah pihak perempuan sediakan....

11 Mei 2013 (Sabtu), Lepar, Pahang


Adam with...errr...alamak..aunty tak tahu nama awek yang pegang tangan anak teruna aunty ni..., nanti bagitau nama yer sebelum pegang tangan anak aunty...wah...nampak tak ciri-ciri mertua garang disitu..hahahah

Oh pengapit...senyum lebar dia...
"KAMI" ..Kecoh betul time ni. Sementara menunggu kompang dipalu...ececeh ayat..ramai la cameraman kat depan ambil gambar..boleh pulak adik2 aku..kakak aku..anak2 sedara yang rendang2..melompat-lompat kat belakang dan jerit.."muka tak nampak..muka tak nampak..."..kesian u'oll..baka mana la korang amik ni..hahaha 






Ketibaan rombongan KAMI




Seisi bayar tol dan berpantun.., Main hentam je kak long aku tu berpantun...


KAMI LAGI
Aku anak beranak dan maksu 
Faiz dan Noni..semoga korang berdua bahagia dan sabar melayari alam rumahtangga..., gaduh-gaduh kecil tu biasa..lumrah.., sebab itu asam garam dalam rumahtangga...kannnnn..., Kitorang semua doakan yang baik-baik untuk korang... love u all...  

tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^