Friday, May 30, 2014

MIMPI DUIT

Mimpi mainan tidurkan..tapi aku nak cerita jugak ni. Malam tadi aku mimpi duit...banyak tau..dalam 10ribu++

Time tu..aku tengah jalan-jalan..nampak duit singgit-singgit. Aku tak ambil pun. Buat derk jer. Ko nampak..dalam mimpi pun aku dah demand kan. Belakang aku ada budak-budak sekolah, diorang la dok kutip duit singgit-singgit tu. Mak tak layan..hahah

Tetiba bila jalan lagi..aku nampak segedebuk duit..Tebal wooo. Sebelum budak sekolah tu ambik..aku dah rembat dulu duit tu. Duit tu macam dah basah..kene hujan kot. haha..Lepas letak dalam poket, aku terpikir-pikir...nak bagi polis ke..nak simpan...dan decide...aku nak ambik 4ribu..boleh beli baju....hahahahhahahaha..dasyat ko mimpi aku ni.

Pastu terjaga..dengar azan subuh..hahaha..bangun terus bgtau laki aku. Dia geleng kepala....dan cakap..cuba la mimpi tu elok sikit..jumpa duit bagi polis...hahaha..

Pagi ni sampai opis...gugel tafsir mimpi. Kot-kot la maksudnya memang betul-betul aku jumpa duit 10k..boleh bagi polis :)

Maksud mimpi jumpa duit : AKAN DITIMPA PENYAKIT

ha,,,denga tu..sila insaf :)

DIALOG BERSAMA JEBAT aka ADIB

Dialog 1:

situasi  : Dalam rumah
Mama : Adik..meh sini nak tengok ciken pox..
Adib   : Dah tak banyak mama...(sambil tunjuk dekat badan dia)

Tiba-tiba...

Adib   : Eh mama..dekat muka mama pun ada...ni haaa..(sambil tunjuk dekat dahi aku)
Mama : *Cuak*..ah sudah..takkan kene lagi sekali kot....sambil raba-raba dahi..
            Ni bukanlah...ni jerawat!!

Mama : *sentap....

___________________________________________


Dialog 2:

Situasi : Sofa rumah

Adib berdiri tepi mama..

Adib: Kembangnya...
Mama : Apa yang kembang??
Adib: Nie....sambil tunjuk peha haku,,,

Mama : *Sentap setahunnn...

Adib ^_^

Monday, May 26, 2014

JEBAT DISERANG CHICKEN POX

Khamis lepas adib @ Jebat demam. Kebetulan malam tu ada makan-makan satu family husband aku. Gambar makan tak dapat diambil. Biasalah,...mama busy dengan anak-anak. Adeel dok bersila atas meja sambil menjamu keropok ikan cicah sos. tu feberet dia.., Kejap-kejap lagi Adrean lak nak terberak. Kejap-Kejap kang...Adib nak air. So, memang tak lah kalau aku nak keluarkan handphone dalam beg. 

Masa makan-makan tu, Adib dah tak bermaya je aku tengok. Nak makan..tapi bila aku letak nasi..ikan atas pinggan dia..dia cubit sikit lepas tu tolak tepi. Kejap-kejap nanti tengok kepala terlentok je dekat meja. Kesian..kalau tidak..dia la yang laju bab-bab makan ni.

Lepas je balik makan, terus kitorang g klinik. Demam panas melanda adib. Terbaring je la bila sampai rumah. Tapi aku minta dia pergi sekolah jugak sebab hari Jumaat dia ada last paper. Dia pun angguk je lah. Padahal exam tadika je pun...hehehe..penting jugak tu kan.

Hari sabtu, masa dia nak mandi, En norman nampak dah badan dia ada bintik-bintik. Takkan alergic jugak sebab adib ni dia alergic dengan ubat demam paracetamol. So, doctor ganti dengan Brufen. Tapi, sebelum ni dia ambil brufen tu..ok jer. Takde lah badan bengkak-bengkak macam ambil paracetamol. So, kitorang biar dulu. Tunggu esoknya...

Ahad, belek-belek badan adib, dah nampak banyak keluar dekat badan, belakang, tangan, muka. Ahhh...sudah..kene chicken pox ke hape adib ni. Terus g klinik dan doktor pun cakap..memang dia kene chicken pox. Bermula la episod adib menjadi zombie kampung pisang...bak kata adrean. Dan, satu rumah tak leh menggoreng..dalam erti kata lain..saya cuti memasak. heheheh....
Adib dapat MC seminggu. Tapi, kesian la dia...aku tak dapat nak jaga sebab cuti tak berapa nak ada dah ni. Hope Jebat mama cepat sihat yer. 








Wednesday, May 21, 2014

VANISH YANG OWESOME!!!

Hari tu tengok blog kak filla. Cerita lak bab cuci mencuci.. Kak filla cerita pasal cuci stokin anak kak filla. So, selepas je baca blog kak filla. Aku dengan gigih pergi beli vanish yang kaler putih tu sebab nak cuci kasut sekolah adam.

Adam cuci kasut dia...memang tak bersih. Lepas kapur baru nampak bersih. Hangin jugak aku sebab lama gila dia dalam bilik air memberus. Tapi hasil sama jer. Aku pun try la cuci kasut adam tanpa gunakan apa-apa produk kecuali sabun basuh dan berus. Fuhhhhh..bukan kata adam..dengan aku sekali mengah cuci kasut dia. Tambah-tambah part yang tepi-tepi kasut tu. Yang bahagian keras tu,...memang le..hazabbbb..hahaha.

Bila waktu malas menjelma. Pernah jugak aku campak kasut adam dalam washing machine. Hahaha...nama pun malas kan. Ku harapkan selepas spin..berhasil la kan. tapi jangan harap...sama yoooorrrrr..

Meh nak cerita lepas aku rendam kasut adam dengan vanish liquid ni...Hari Sabtu malam rendam. Pagi ahad memberus..tak payah dah pulun sangat memberus..sebab berus sikit2 dah bersih. Biasa yang dekat tepi kasut tu..jenuh noooooo nak hilangkan yang kotor2 hitam tu. Tapi bila guna vanish...semua boleh hilang..., Jom tengok hasilnya....Tapi gambar sebelum tak le aku ambil sebab..korang sendiri boleh imagine..kasut sekolah anak lelaki yang lasak dan budak sekolah yang suka main pijak-pijak kasut..





Akak pakai ni dik..yang liquid. Yang serbuk tu belum try lagi. 





Jeng..jeng...jenggg....ni belum kapur lagi. Baru basuh :)

Lagi....




So...solosaiiii masalah den!!!,  klik ni https://www.facebook.com/VanishMYSG

Monday, May 5, 2014

EXCIDENT

24hb April lepas, kitorg baru pindah rumah. Malam tu tengah rehat-rehat la..kebetulan adik aku datang rumah. Tengah syok borak-borak, adik ipar call husband..bagitau diorang excident. Anak aku yang 1st, Adam ada sekali sebab adik ipar baru lepas ambil anak dia dan adam dari tuition.

Terkejut memang la kan. Husband pergi dulu dengan adik ipar. Husband cakap, jalan dah jame,,nampak kereta adik ipar aku..nampak jugak grand livina yang kene langgar..dan nampak jugak van yang langgar kereta diorang dah terbabas ke longkang. Husband kata, bila nampak ambulance..lagi la dia takut. Sampai sana, diorang cakap,.diorang dah hantar adam pergi rumah MIL. Kelam kabut la husband pergi rumah MIL. Alhamdulillah, adam takde apa-apa, cuma benjol dekat dahi sebab terlanggar seat driver.

Risau apa-apa berlaku, malam tu jugak aku dan husband ke KPJ Tawakal. Sampai jam 100 pagi la kami dekat sana tunggu result xray adam. Alhamdulillah...hanya bengkak dekat luar jer. Adik ipar aku pun tak de apa-apa..cuma..kereta la cedera parah.

Kadang-kadang kite ni,,hati-hati bawak kereta pun...orang lain pulak yang buat hal kan. Tapi, selepas kejadian tu,,kitorg tengok adam ni..macam trauma nak naik kereta dengan uncle dia. Kalau balik tuition, seboleh-bolehnya dia minta husband ambil dia. Dah tak nak balik dengan uncle. Bile tanya kenapa, dia diam jer...Takut lagi kot..


Masa ni dekat hospital..Tu nampak 2 benjol dekat dahi adam...

Keadaan kereta adik ipar den

Pesanan ringkas : Berhati-hati di jalan raya..

Friday, May 2, 2014

SUKAN PASTI (SEKOLAH ADIB PULAK)

Sabtu sukaneka sekolah abang adam. Ahad pulak sukan sekolah Adib. Encik husband bawak adam and adrean pergi bola sebab abg adam ada game dekat Taman Melawati. Aku ke sukan PASTI bawak adeel. Selamat la sukan sekolah adib dengan je dengan rumah MIL. So, lepas husband hantar aku dekat rumah MIL. Aku menapak le kesana..dekat je.,.baling batu pun sampai...heheheh

Seperti biasa...Adib ni kalau aku atau en.husband teman dia pergi apa2 event anjuran sekolah dia, memang sukar lah kalau dia nak dok sesorang. Dia mesti nak aku teman dia..kene berkepitttt je dengan dia. Ngada-ngada kan. Sampai aku tanya..ni nak sukan ke tak nak. dan dengan selamba dia jawab.."Tak nak..jom la balik mama...". ha,,,boleh macam tu kan..lepas aku bawa dia depan ustazah...baru la dia dok diam dan cepat-cepat la aku pergi dekat khemah ibu bapa. Dari jauh nampak dia dah ok sebab ada bff dia dekat sebelah.

tak larat nak menaip..tengok gambor la yer...



Hero kecik teman mama..asyik nak turun dari stroller..macam aku pulak yang bersukan dekat padang tu...

Happy benor anak teman dapat pegang benda ni...



Masa perbarisan...

Muka ada senyum


Adib rumah kuning


Ni acara untuk umur budak 4 tahun. Kelakar lak aku tengok. Ni bukan budak bersukan..sekali ustazah pun kene bersukan..sebab budak2 dok menangis tak nak lari..

Adib..Acara last skali. Baju busuk peluh sebab dok tunggu game lain habis,,dia dok bersukan keliling padang...

Adib semangat kesukanan..

Cepat adib!!!.. tapi dia dok la jeling-jeling kawan sebelah..

Yeay!!!..Anak mama menang...
Adib cakap..."Mama, adik menang sebab adik dengar suara mama dekat tepi"..Ha...ko tengok...suara mama lah pencentus semangatkan...hahahahha

Dia tak sabar nak balik sebab nak tunjuk dekat ayah.."ADIK JUARA KATANYA,...."

Ambil hadiah


Suka dia dapat "Emas"

ok sekian, terima kasih.. :)

tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^