Friday, January 25, 2013

pakej 6 hari 5 malam

 As salam to all.. :)

Untuk makluman kepada kawan-kawan saya...yang bertanya saya di fb..ingin saya maklumkan bahawa saya telah bermalam di KPJ Tawakal selama 6 hari 5 malam.., meh nak cerita kat korang apa masalah yang dah aku hadapi sehingga mendapat pakej tersebut. Aku dah tak larat nak type berulang kali kat FB, nak story mory kat opis. Tapi, terima kasih sangat-sangat sebab ambil berat..., setiap floor..setiap orang yang aku jumpa kat opis..semua dok tanya kenapa aku admitted..meh nak citer mehhhh....

9/1/13 (Rabu) - Aku pergi klinik panel office sebab hari sebelumnya dan malam tu leher aku makin sakit. Nak tidur pun dah tak lena sebab tetiba nak telan air liur dah tak boleh. Bila aku telan air liur, makan ke..minum ker..sakit sampai telinga. So, pergi la aku ke klinik panel office. Doctor pun macam malas nak check je. Just cakap.."oh..tekak u merah...bengkak, so jangan makan makanan berminyak yer. Aku minta mc pun doc nak argue..., padahal time tu aku dah sakit kepala sebab kurang tidur..dan tak boleh makan+minum dah..

10/1/13 (Khamis) - Aku pergi office macam biasa. Tapi, badan dah tak larat Rasa macam demam.., time lunch..aku kuar awal and tidur dekat surau department sebelah. Time tu bos aku cuti, so dapatlah rest lama sikit...
Balik dari office..terus dah terbaring..menggigil sebab demam...nak cakap pun dah tak boleh sebab tekak sakit..., anak-anak aku dok bergaduh menjerit pun aku buat derk..dah tak larat nak jerit lebih kuat dari diorang..., sebelum ni aku la vokal terbaik dalam rumah kan..hehehhe

11/1/13 (Jumaat) - Husband ajak pergi clinic panel office dia pulak. Sebab tak puas hati dengan doc panel aku. So kami pergi la ke Klinik Saujana, BBS. nak cakap punyalah susah kat doctor. Doctor check tekak aku..and dengan segera doc minta aku terus ke specialist. Doc cakap tekak aku dah bengkak and boleh block salur nafas aku..., lepas ambil surat, aku dengan en husband terus ke KPJ Tawakal...refer dengan ENT Specialist..

sampai hospital..jumpa doc Usha..and doc usha masukkan camera dekat hidung den haaa..., aku memang tak nangis..tapi airmata mengalir la..heheheh, nangis ke?..., doc minta aku admit sebab tekak dah bengkak sebelah kanan dan takut bernanah..kalau bernanah memang kene buat operation. Wah...lagi aku ngeri bila dengar wehhh....

Tambah sedih bila teringat kat baby adeel. Kesian adeel kene tinggal..macam mana adeel nak menyusu malam-malam. Tak dapat mama dia polok-polok dia masa tidur..huhuhuhu...sedih!!!
 tapi...orang pertama sedih adalah....
jeng...jeng...jengggggg..
"
"
Husband i la...konon la sedih bini kene admit kan...hahahha, korang tengok laki aku dok termenung di jendela...heheheh..

 

okeh..sambung story.., selepas 2 hari doc check kat tekak aku ni, bagi ubat spray untuk kurangkan bengkak..still tak berubah. Masih tak boleh makan+minum, dan pagi ahad..doc inject kat tepi tekak aku ni. Tempat yang bengkak ni la. Walaupun doc spray bagi kebas..tapi Ya Allah..masa jarum tu kene dekat tempat bengkak..ya ampun...gile tak sakit kan..mau menangis aku.., Doc ambil nanah pakai shrink. Dan doc cakap esok pagi kene ambil lagi..uh..bersabarlah wahai hati...pujuk diri sendiri..huhuhuhu

Pagi Isnin..doc masih buat benda yang sama. Nanah masih banyak...dan akhirnya doc decide.."OPERATION ye puan"..., huhuhuh..takutnyer....laki tak de kat sebelah... i need a shoulderrrr....ececehhhhh..

sampai wad..pulun la sms laki aku. Operation pukul 400 petang, jam 315 nurse datang bawak uniform. 345 petang aku dah kene tolak pergi OT. Dalam bilik OT, baring je la..assistant doc letak la macam-macam benda kat badan aku ni. Lepas je doc bius ubat tidur...aku pun zzzzzzz...

Sedar-sedar aku dah ada dekat bilik lain. Masa nurse tolak masuk wad, jam dah pukul 545 petang. Masih mamai lagi..dan sambung tidur. Tekak pedih dan kepala pun masih pusing-pusing...
Malam tu baru husband sampai..,aku beria nak cerita kat dia pun tak boleh..sakit..., Tapi Alhamdulillah..esok tu dah makin kurang sakitnya. Dah boleh makan slow-slow..., Doc suruh je makan segala ubat.."Puan nak discharge awal kan..nak jumpa anak-anakkan...." itu je la ayat doc. Sebabnya, lepas je operation..dengan segeranya aku request nak balik awal. Tapi tak dapek....
Akhirnya, selepas pujuk doc..hari rabu aku discharge. Seronok tidak terhingga. Lupa sekejap yang tekak aku sakit.. :)

Itu je la storynyer buat yang bertanya...meh layan gambor pulak...

Hah...ni kak long aku. Tu tengah posing depan laki dia..."Abang, ambik gambar linda yer...cantik la wad ni..." herm...suka hati korang... 
Ni wad masa check in...1st and 2nd day dok wad ni. Aku rasa wad ni baru renovate jugak sebab aku sempat duduk 2 hari jer. Lepas tu kene pindah naik tingkat 11 pulak...
Ni wad masa hari ke 3 sehingga la hari ke6...dekat level 11
 
 
Hari-hari dok ulang baca benda ni... ;)

 

Ni view dari bilik...memalam kalau dok ingat kat hero-hero kat rumah...dok la termenung kat tingkap ni...

 

Sakit tangan aku tiap-tiap hari nurse masukkan antibiotik dengan air...non stop....
 
Ini lah menu aku dok hospital berhari-hari. Memang tak terusik la bubur ni...


Last menu setelah berhari-hari tengok bubur..dapat jugak request spagetti...itupun aku terpaksa potong jadi kecik-kecik...

Teddy bear comei dari BFF yang melawat..kecoh bebudak ni melawat aku..dah macam jadi wad gila dalam bilik aku tu..hihihih

Tq my office ;)
Gambar macam balik dari buat concert kan...hehehhehe..dah discharge...suka bangat time nie...

sampai rumah..terus polok-polok...cium-cium hero2..terutamanya budak kecik nie...




ADEEL
Adeel blur-blur je tengok aku. Kesian tak jumpa mama dekat seminggu kan..., tengok muka dia..masih blur lagi...hehehehe

Lepas discharge..masih ada lagi appointment dengan Doc Usha. Doc cakap tonsil sebelah kanan aku ni bengkak sikit. Ni masih mengoogle petua nak kurangkan bengkak tonsil.., aku tak mo operate weh...takut!!!!

Doakan aku diberi kesihatan yang baik yer. Kesian hero-hero aku kene tinggal. :(




Tuesday, January 22, 2013

lambat....

Lambat benor aku update pasal anak sekolah kan..., nampak tak dekat situ yang aku malas nak update belog aku ni. Tak kisah la dah nak tengah tahun pun..aku tetap jugak nak cerita pasal anak aku sekolah. Lantak la kome nak cakap apa pun kannnn...heheheheh...

Ok tahun ni anak aku adam dah masuk darjah 2. Adam dah tak kisah masuk sekolah.., aku pun tak hantar adam masa 1st day. Bapak dia je hantar..kalau hantar pun bukan dapat masuk pagar sekolah pun . Cikgu cikgi dah siap cekak pinggang tak bagi mak bapak masuk. Just ingatkan dia jangan masuk kelas masa darjah 1. Kene masuk kelas darjah 2. Alhamdulillah..adam dah lompat 2 kelas.., Walaupun bukan kelas 1st..Asalkan tiap tahun ada peningkatan..aku dah bersyukur...

Adib..adib tahun ni 5 tahun. Aku masukkan adib dekat PASTI At-Tauheed Selayang Baru. Adib memang semangat nak pergi sekolah. Aku dok amik cuti seminggu disebabkan adib la...., badan bosar..tapi hati jambu mamat sorang ni. Masa 1st day hantar..cool lagi,  sampai sekolah dia tak nak join kawan-kawan main kt playground sekolah..rimas sebab berebut katanya. Dok la berkepit dengan aku. Time beratur dia ok lagi...tapi...sekali bila masuk kelas dan maknye berada di luar kelas...hambek la...dia menangis bagai nak rak. 

Terpaksa la teman dia sekejap dalam kelas...kesian tengok dia..kaki mengeletar...pastu siap cakap yang dia nak muntah. Sudah..., adib ni kalau takut tahap kritikal memang sampai nak muntah la sebab aku pernah syampoo rambut dia secara paksa..memang termuntah-muntah la budak tu dekat bilik air. hehehe..
So, memandangkan emosi masa 1st day tidak terkawal..terpaksa la aku menunggu dekat tepi tingkap. Dia tak nampak muka maknye..nampak bayang-bayang baju aku pun jadilah...

2nd day...nangisnye dah kurang. Sebab aku bodek dia suruh pergi main game kat handphone aku ni dengan budak kelas dia. Lepas tu dah start tegur-menegur..dah start senyum-senyum dengan 'awek' depan dia.., dan aku dah boleh dengar suara dia nyanyi lagu najwa latip dalam kelas...hahaha...dia boring la tu...kejap2 aku tengok dia mengeliat..., masa balik aku dok tanya kenapa adik buat macam tu..selamba dia jawab..." kerusi tu kecik sangat.."..hurm...yolah adib,....buat la apa adik nak buat..janji jangan nangis....

Hari seterusnya..adib dah tak nangis..pergi dan balik naik van sekolah pun tak nangis.., tapi semalam dia cakap kat aku yang dia tidor dalam kelas..., mengantuk katanya.., suka hati je anak aku ni kan. Mesti pening ustazah ni melayan kerenah budak tadika macam anak aku...hehehe

Rambut pacak....








Wednesday, January 2, 2013

Adeel

Sebelum terkejut dengar bunyi bunga api malam tahun baru,anak aku adeel dah bagi kejutan dekat mak bapak dia.

Usia Adeel genap 3 bulan pada 28 disember yang lepas.tapi,malam tu adeel menunjukkan yang dia dah boleh meniarap dan lepas tu senyum senyum manja depan kami..,sekejap je la..lepas tu menangis minta kami betulkan semula badan dia

Cepat betul adeel buat skill.Alhamdulillah..gud boy..


tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^