18 dan 19hb Disember yang lepas, aku ada attend Persidangan Profesional Pentadbiran dan Kepimpinan di Ballroom Seri Pacific Hotel.
Bagi aku..persidangan tu tak cukup buat dalam masa 2 hari. Sebabnya, penceramah yang sangat bagus..tak boring..dan bagi banyak input yang menarik..dan disamping makan yang sedap..hihihihi
Salah seorang penceramah ialah Dato' Dr Fadzilah Mohd Ali.., Dato' Fadzilah bagi ceramah mengenai stress. Semua orang pernah alami stress kan. So, Dato' Fadzilah ada bagi banyak tips untuk kita menangani stress.. Meh sini aku share kan dengan korang....tapi tak dapat la nak type semua..sebab banyak sangat...aku share sikit dulu yer....
TIPS MENANGANI STRESS
- Solat sunat, zikir. Ingat pada Tuhan, redha dan syukur kepada Tuhan.
- Bayangkan suasana ketenangan
- Belajar cara merehatkan minda dan badan - pejam mata, lapangkan fikiran, tarik nafas. Bernafas secara perlahan-lahan hingga atas pusat (3 jari diletakkan di atas pusat). Lepaskan nafas perlahan-lahan melalui hidung, angkat tangan perlahan-lahan apabila udara masuk ke perut. Tahan nafas beberapa saat, lepaskan perlahan-lahan, dan ulang beberapa kali.
- Pemakanan yang seimbang
- Minum air secukupnya
- Urut - Urutan badan sendiri ataupun tukang urut. Urut sendiri..picit pergelangan tangan atau lengan (letakkan 3 jari dibawah bahagian dalam siku lengan anda, kemudian dengan ibu jari, tekan pada 'point' itu).
- senyuman
- Selesakan mata - gosok kedua-dua belah tangan hingga terasa panas dan tekapkan kedua-dua belah tangan itu pada kedua-dua mata yang ditutup untuk 5 saat sementara itu tarik nafas. kehangatan dan kegelapan akan membuatkan keadaan badan lebih selesa dan bertenaga.
- Berjalan-jalan - bangun berjalan-jalan, jangan duduk sahaja apabila berasa stress. Keluar bilik pejabat, berjalan ke toilet atau cafe. yang penting bangun bergerak untuk mengalirkan pergerakan darah dalam badan.
- Bau-bauan - minyak lavendar, eucalyptus, chamomile, peppemint, rose jika dibau akan melegakan minda seseorang dan dapat memberikan ketenangan
- Gelak - dengan menonton filem-filem komedi
- Mengunyah makanan ringan
- Membasuh muka
- Cuba minum teh
- Catitan di atas kertas
- Mandian - dengan berendam di dalam air panas suam, pejamkan mata secara rileks
- Tidur yang cukup
- Mendengar muzik
Ada banyak lagi tips yang Dato' Fadzilah bagi dekat kami semua. Mungkin ada diantara kita dah tau tips ni kan..pada yang tak tahu..selamat mencuba.. :)
No comments:
Post a Comment