Tuesday, April 22, 2014

SUKANEKA SEKOLAH ABG ADAM

Sabtu lepas (19 April 2014), sempatlah pergi sekolah abg adam. Last year aku tak dapat tengok anak bersukan sebab ada kelas. Alhamdulillah, kali ni dapat pergi tengok. Biasalah...anak mesti nak mak ayah dia tengok diorang bersukan kan. Tapi, kali ni husband lak tak dapat join tengok sebab dok latih bola dengan budak-budak kelab. So, aku bawa adib sebagai peneman. Husband bawa adrean g training jugak. Adeel transit rumah MIL. Adib yang mudah bosan kalau tunggu sesuatu yang lama. Belum apa-apa lagi, tengah pengetua sekolah berucap,,dia ajak aku balik..boring katanya,...cuba sabor sikit adib,....hehehe

Group abang adam dapat no.3 untuk game isi pasir dalam botol dan dapat no. 4 dalam acara baling bola dalam raga. Ok la tu..dapat 2 medal...walaupun colour medal tu tak berapa nak bersinar macam gold kan. heheh..yang penting dah berusaha...mak ok jer..., aku dulu zaman sekolah pun macam gitu jugak. so, tak yah le nak downkan mood budak-budak nak bersukan hanya kerana mereka tak dapat no.1 kan.

Meh tengok gambor meh..gambar abg adam tak berapa nak clear..layankan ajer....

Pelajar tahun 2, tema aku tak sure sebab nampak diorang pakai topeng ni jer

oloh2..comei je maskot diorang kan...yang ni tema harimau bintang..budak yang belakang2 tu siap cikgunya pakaikan ekor...nak je aku tarik..hahahah

Tema apa yer..

Tema king rasanya,, sebab maskot pakai crown macam raja..siap ada misai macam dato K

Misai Dato K

Maskot pakai baju ayam..masa perbarisan..diorang pasai lagu chicken dance...comei jerrr

Clown kot

Ni kelas abg adam. Tema zoo la kot sebab tengok abg adam pakai topeng zirafah

Anak bujang mama & ayah

dengan buddies

kelas abg adam jugak

Ha..ni comei..adudu!!!
Suka adib tengok maskot ni

Heheheh...kreatif cikgu ni


Minnion...ha..korang tengok pakcik tu....dia pun suka :)

Student tahap 1

Suka aku tengok student Pra ni..comei je dok joget2....


Anak den. skema je tangan dok belakang...


Kaki panjang...laju abg adam lari..lebih semangat bile tau mama dia tengah tengok dia

Game ke2

Game ke2..baling bola dalam raga..selamat masuk..tapi dia ngadu dekat aku..kawan2 dia main baling je,,sampai tak masuk pun dalam raga..takpelah nak...diorang dah cuba :)



"Majulah Sukan Untuk Negara"

1 comment:

  1. Wynn casino in Las Vegas - DrMCD
    the casino's location on 여수 출장마사지 the 제천 출장안마 Las 나주 출장마사지 Vegas Strip, just north of the popular Las Vegas Strip. Wynn and Encore Las Vegas consist of two 파주 출장샵 luxury hotel towers, 구미 출장샵

    ReplyDelete

tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^