Khamis lepas adib @ Jebat demam. Kebetulan malam tu ada makan-makan satu family husband aku. Gambar makan tak dapat diambil. Biasalah,...mama busy dengan anak-anak. Adeel dok bersila atas meja sambil menjamu keropok ikan cicah sos. tu feberet dia.., Kejap-kejap lagi Adrean lak nak terberak. Kejap-Kejap kang...Adib nak air. So, memang tak lah kalau aku nak keluarkan handphone dalam beg.
Masa makan-makan tu, Adib dah tak bermaya je aku tengok. Nak makan..tapi bila aku letak nasi..ikan atas pinggan dia..dia cubit sikit lepas tu tolak tepi. Kejap-kejap nanti tengok kepala terlentok je dekat meja. Kesian..kalau tidak..dia la yang laju bab-bab makan ni.
Lepas je balik makan, terus kitorang g klinik. Demam panas melanda adib. Terbaring je la bila sampai rumah. Tapi aku minta dia pergi sekolah jugak sebab hari Jumaat dia ada last paper. Dia pun angguk je lah. Padahal exam tadika je pun...hehehe..penting jugak tu kan.
Hari sabtu, masa dia nak mandi, En norman nampak dah badan dia ada bintik-bintik. Takkan alergic jugak sebab adib ni dia alergic dengan ubat demam paracetamol. So, doctor ganti dengan Brufen. Tapi, sebelum ni dia ambil brufen tu..ok jer. Takde lah badan bengkak-bengkak macam ambil paracetamol. So, kitorang biar dulu. Tunggu esoknya...
Ahad, belek-belek badan adib, dah nampak banyak keluar dekat badan, belakang, tangan, muka. Ahhh...sudah..kene chicken pox ke hape adib ni. Terus g klinik dan doktor pun cakap..memang dia kene chicken pox. Bermula la episod adib menjadi zombie kampung pisang...bak kata adrean. Dan, satu rumah tak leh menggoreng..dalam erti kata lain..saya cuti memasak. heheheh....
Adib dapat MC seminggu. Tapi, kesian la dia...aku tak dapat nak jaga sebab cuti tak berapa nak ada dah ni. Hope Jebat mama cepat sihat yer.
No comments:
Post a Comment