Tuesday, August 12, 2014

RAYA 2014

Tahun ni kami beraya kt kampung aku pulak yer. So, hari khamis kami dah balik kampung. Jalan tak berapa nak jammed sebab awal lagi kan. Tahun ni adik beradik aku ramai beraya rumah mertua. Just ada aku, abang no.2, adik aku yang memang dok sana dan adik bongsu aku yang study di perlis.

So, macam sunyi sikit la kecuali bunyi riuh anak2 aku je. Adik beradik yang lain balik kampung raya ke2. Tapi, aku raya ke2 dah balik KL sebab husband dah kene kerja hari raya ke3. Aku masuk office hari raya ke4. Hadoi,.tak best langsungkannnnn...

Gambar tak berapa nak banyak la. 1st raya aku g beraya rumah jiran-jiran dengan member2 jiran aku. Kira macam konvoi la. Adalah dalam 6 buah rumah kami terjah. Memang kekenyangan la kannn. Laksa, soto, laksa dan laksa,....semua kami layan. Tinggal la laki aku dengan abang aku kat rumah. So diorang la dok melayan budak2 yang datang rumah. hehehe..

Tapi takpe,.sebab aku awal2 dah siapkan kuih, nasi impit, rendang dengan air 1 bekas besar dkt luar. Laki aku just pegang duit raya jer. Cawan pun aku dah siapkan..kali ni aku letak cawan polystyrene jer. Malas la aku nak membasuh ni. Kakitangan tak cukup. Tapi kalo kawan abah datang ke,.kawan2 datang..aku tak la pakai cawan tu.nampak noooo aku malas...hahahha

so, layan je la gambar yang tak seberapa ni yer...dan semestinya gambar aku tetap tak tersusun...hahahha..,

Zaman monopod skang...

Time ni g ziarah kubur arwah mak,..sedih..sayu...semua ada time ni

Cinta Hati

Hah..tetiba gambar budak tecik ni. Ni gambar raya ke3. Time ni dah sampai KL..

Gambar dekat kampung. Semua dok tunggu husband dok isi minyak tanah nak pasang pelita

Adeel

Sesi main bunga api...Adrean

Adib
Budak ni kene pantau lebih. dia nak pegang api. Tak mencabar pegang hujung2 katanyaa kot. Menjerit2 la aku dekat rumah tu..

Abaikan kaki gajah tu..hahhaha
Ni semua lepas penat main bunga api...

Pagi raya...
Mama wif Adeel

Datang pulak adam dengan adrean...Adeel relax lagi time nie...

Ha,,,ko tengok muka adeel...Tu tengah tolak abang dia tu. Tak bagi join dia amik gambar

Eh...habis dah...hahahahhahahah...takde penutup kan. Lantak situ..hahahha..

No comments:

Post a Comment

tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^