Wednesday, January 11, 2012

Alhamdulillah.. :)

Syukur Alhamdulillah..aku telah lulus exam kelayakan dan diterima belajar di UUM...

Perasaan sekarang?..happy..cuak pun ada sebab aku dah tinggalkan zaman study dan exam hampir 12tahun..,macam dah tua je bunyi kan..

Yuran semester 1 hampir 2500.00,kelas bermula pada 28 dan 29 Januari..,semangat mesti kental dan semestinya sabar yang menebal perlu ada dalam jiwa.

Semoga aku dan anak-anak aku berjaya dalam pelajaran.. ;)

Thursday, January 5, 2012

adam 1st day at school

4hb Januari 2012..1st day adam ke sekolahnya. Excited kemain terutama kepada mak bapak budak..., Adam masuk sessi petang kira-kira jam 1 tengahari. 1st day berkumpul di kantin sekolah. Lepas tu baru beratur ikut kelas masing-masing.

Adam bersama bodyguardnya..Ijoi


Ni guru disiplin sekolah adam, cikgu azri namanya.


Time rehat adam order nasi lemak RM1(nasi+timun sepotong+telur suku) no ikan bilis..no kacang2...
tapi adam makan tak habis pun sebab pedas. So, kene beratur semula p beli air milo cair dan nugget 3 ketul juga RM1.
So maknanya, duit harian adam di sekolah memang tak cukup kalau diberi RM1.
:
:
:
:
balik time
:
:

Mak bapak atok nenek dah siap buat reformasi di pintu pagar. Sampai orang awam nak lalu pun tak boleh dan mengundang kemarahan.

Kawasan sekolah ni memang pack. Sebelah sekolah adam ni ada SK (J) Cina, SK (1) Selayang, SK (2) Selayang, SMK Selayang Baru, dan SMK Darul Ehsan. So, imagine sendiri macam mana keadaannya bila time kemuncak macam ni.




Budak-budak ni dok pusing-pusing kat pintu pagar sebab dah tak nampak mak bapak masing-masing dan time tu lah tangisan dah kedengaran.."Ibu..Ibu...Mama..Mama..."..kenapa takde yang sebut..'Ayah...ayah..."..hihihihihi
sekian untuk laporan hari pertama di sekolah adam, hari ke2 aku tak pergi. Ayahnya saja yang hantar dan teman makan time rehat.

Info yang ayah dia bagitau tadi.., masa adam nak letak pinggan bekas kuetiaw yang dia tak habis makan..ada budak2 tolak dia..Dah tumpah kuetiaw kat lantai. Adam dengan muka nak nangis dan muka takut nak kutip la kuetiaw2 kat lantai tu..cepat-cepat ayahnya suruh biarkan...huhuhu..kesian anak aku..badan dah la kecik.


Wednesday, January 4, 2012

Adib oh Adib

Look!!!, ni ialah adib..anak den no.2, memang sejak azali cam nih..

Adib ni macam mama dia jugak la.spesis letak la kepala kat mana-mana,kalo dah mengantuk tahap gaban..terus diulit intan..tak payah susah payah kira bulu kambing biri-biri.

Adib ni masa kecik sampai sekarang..,dia sesuka hati tidor kat bawah meja,bawah kerusi..dekat dapur..dan pernah terrrtidur dalam almari..kaki dekat luar..badan dalam almari...hahaha...dasyat kan...

Adib ni juga spesis suka tidur atas badan orang..dengan berat sedemikian rupa dia akan buat kuak lentang atas badan orang. Yang selalu menjadi mangsa..mestilah bapak nyer...

Pernah ada satu kes dekat kampung..adib hentam tidur atas badan mak long dia yang gebu bak tilam dunlop..sampai semput maklong dia tau..termengah-mengah la kami gelak esok paginya...

Adib adib...jangan sampai kebesar dah la peel awak ek...hihihihi

Saturday, December 31, 2011

buluh dan abah

Tetiba hari ni aku nak cerita perihal dulu-dulu.., aku dok kampung..., dekat Felda Sungai Klah, Sungkai. Dulu kampung aku serius memang tak la glemer macam sekarang. Kalau masih tak tau kat mana kampung aku, kome cuba search apa ada pada nama kampung aku tu.

Masa zaman kecik-kecik aku dulu, jenuh sangat nak dapat tengok tv. Yelah, dulu mana ada astro kan, nak dapat tengok tv3 pun dah jenuh. So, bila hujan lebat atau angin kuat kat kampung..abah aku terpaksa pusing2 kan ariel tv tu. korang tau...bapak aku pakai buluh je buat ariel tv ni..


macam ni la sikit-sikit rupa buluhnya. Pakai buluh panjang..pastu atas skali tu letak la ariel tv. Yang tolong angkat buluh tu kasi naik semestinya mak aku, aku dan adik beradik aku. Abang-abang dok asrama, so..kami yang perempuan2 ni la jadi jantan sekejap.., sebab tu sampai sekarang kami 'gagah' macam abah :)

Tapi, bila time malam yang tak syok tu..pas hujan je, setting tv entah kemana-mana, time tu abah kene pusing buluh kat luar, dan kami adik beradik dok ngadap tv.., sambil abah kat luar pusing buluh..kami adik beradik jerit kat abah.."belum...belum...belum..."hahahaha..., bila dah nampak sikit bayang-bayang gambar tu..cepat-cepat cakap.."ok..ok..lagi sikit...lagi sikit...."hehehehe...

Itu semua kenangan masa kecik-kecik, sekarang ni semua dah pakai astro.., dah tak la dengar kite cakap.."belum...belum...belum..., ok..ok...lagi sikit..., dah nampak gambar sikit...",

Abah pun dah tak larat kan.., tapi tetap gagah di hati kami *-*


i love my abah
::
- sape la yang dok landing kat belakang abah tu..siap nampak perut...hahahha..cucu abah la tu-

Friday, December 30, 2011

Happy new year

Selamat Tahun Baru kepada anda semua. Semoga tahun 2012 ni akan lebih bermakna kepada kita.

Azam?..aku dah lama x der azam sempena tahun baru. Masa zaman sekolah2 dulu ada la. Itupun sebab boyfriend dok sibuk tanya apa azam aku. Sekarang??nan hado..

Tapi jap lagi kot2 husband aku tanya apa azam baru..aku nak jawab.."Nak ada anak no.4 pada 121212.."Errrr...tu kategori azam ke??...hahaha...abaikan :)

So,kepada anda yang ada azam..semoga terlaksana dengan jayanya...

Org Memberi Kita Terima

Saya dapat hadiah hari ni..tq to kak zeines :)

Dengan pesanan: next year bagi la lagi yer...

Maharaja Lawak Mega

Malam ni adalah final Maharaja Lawak Mega.., tak sabar nak tengok aksi kumpulan Boboi dengan Osbon.


Dari minggu pertama kumpulan Boboi tak berganjak dari tangga pertama. Tapi, tak mustahil kalau kumpulan Osbon boleh jadi juara kan. Persembahan kumpulan Osbon pun boleh tahan hebatnya.


Aku bukanlah pengkritik yang hebat, so tak payah la aku nak cakap lebih-lebih. Kita sama-sama tunggu persembahan dan keputusan malam ni.











kredit pic from astro

tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^