Friday, January 27, 2012

Fening fening

Hari ni aku EL..,hurm...sape yang kat sini nak EL kan. Semua tak nak sebab rekod tak cantik..

Alkisah pagi tadi memang dah bersiap nak pergi kerja. Tetiba en husband cakap dia gastrik. Ahh sudah...laki aku ni kalo gastrik memang teruk..stok tak boleh jalan punya..baring jer...

Kepala otak aku ni dok memikir..,kalau aku pergi kerja jugak..tak kan nak tinggal anak2 kat en husband. My FIL dengan my MIL tengah tak sihat sebab MIL baru keluar hospital. My SIL pulak..malam tadi dah pergi hospital bawa anak teruna injured main futsal. Dan pagi ni kene follow up dengan doc pakar.

Huarrrrgggg...aku kene EL. Sape nak jaga hero2 aku wehh. Jenuh aku merangka ayat nak text dekat bos.

Kalau aku ni kerja sendiri kan senang..., :)

Hopefully en husband cepat2 sihat..sebab esok dan lusa aku ada kelas...


Sent from omak den punyor BlackBerry®

Thursday, January 26, 2012

Modul

Ini ialah modul untuk 1st semester..,belum di print lagi. Aku baru lapor diri di uum hari ni. Sampai jam 845 am dan terus lapor diri.

Jam 10 pagi ada taklimat di level 9. Ada sesi suaikenal diantara kami semua. Majoriti dalam kelas aku dari PDRM..,dan selebihnya dari kakitangan awam dan private sector.

Selepas lunch dan solat zuhur..taklimat disambung semula. Kemudian ada sesi baca ikrar pelajar dan nyanyian lagu negaraku dan lagu uum. Dan,diakhir sekali dengan mengambil modul masing-masing.

Untuk semester 1 ni,hanya ada 13jam kredit. Ambil subject Pembangunan Masyarakat,Pentadbiran Awam,Tamadun Islam dan Tamadun Asia,Bahasa Melayu Pengurusan dan Pengantar Pengurusan.

Dan,kelas akan bermula pada hari sabtu dan ahad ini.

Sekian untuk laporan hari ini. Minta maaf huraian agak mendaftar sebab tuan tanah penat sangat hari ni.... Peace!!!!

Wednesday, January 25, 2012

sinussssss



Aku dan sapu tangan memang tak boleh dipisahkan.., Kalau dipisahkan..jenuh la nak cari kain buat lap. Hadoi...aku alami sinus ni dah lama. Rasa kali ni macam dah teruk berbanding dulu.


Sebab sekarang ni aku selalu bersin dan bersin, tekak pun selalu gatal. Tambah-tambah pulak kalau time pagi or malam. Sebab tu kalau nak tidur, aku kene standby towel kat sebelah. Sebabnya, asal aku terjaga tak kira la jam berapa..hidung aku start bersin. Sampai naik semput dah rasanya.


Dekat office pun sama lah..sebab terdedah dengan aircond, carpet office.., sebab tu dalam beg aku ni dah standby towel..tisu memang tak cukup la derrr...


Aku survey juga ubat-ubat untuk kurang dan hilangkan sinus ni. Ada yang kata, kain yang macam corong tu tak elok. apa ek namanya..aku dah lupa.., ada yang kata biovco tu elok.., aku nak try jugak la. mana la tau kan..boleh berkurangan penyakit ni. Selama ni doc bagi spray je kat aku..jenuh jugak sebab time tu je la kurangnya pun. Tak sampai baper jam..dah aku start bersin balik...


Kata doc : Elakkan dekat dengan bulu kucing

kata aku : Saya ada 7 ekor kucing


ada siapa2 kat sini nak kucing??..tapi aku nak jugak bela kucing aku tu barang sekor dua...hihihi

Friday, January 20, 2012

bos gua mc wehhh

bahagia tak kome bos MC 2 hari..., hahahah...zalim betul aku ni kan.., subuh2 semalam driver bos bbm aku.."nani, bos MC.. :) ,so pagi tu aku makeup dalam senyuman...

hari ni ternanti-nanti juga bbm dari driver..ish..takde good newsssss ke hape ni.., takpelah redha je lah..Bos sementara aku je tu.., aku kan kene jadi pangku memangku akak PA ni, so keserasian tu belum muncul lagi..kikiki

Sampai office.., tengah dok refill air panas untuk bos minum, buang habuk-habuk rokok bos, bbm gua berbunyi lagi.."Nani, bos mc hari ni"..ngeeee..gua senyum...sambil nyanyi lagu kuda kepang...

Tak sampai 1/2 jam, sms masuk..from bos SAZ: "saya MC satu hari lagi. Pergi buat x-ray", aku reply.."Ok bos, take care"..perghhh....berpura-pura sungguh.....hahahah, bebudak investment kat atas bergembira..suka betul deme bila aku cakap bos mc. siap cakap "hari ni kite leh cucuk langit'..ko tengok tu..lagi zalim kan...

Kepada bos sementara saya, saya doakan bos cepat sihat, bos batuk-batuk sebab bos banyak hisap rokok tu.., Jaga kesihatan..minggu depan kite jumpa...Tapi, hari khamis depan saya cuti yer bos..


Ini ialah pegawai investment kat atas..macam ni la rupa diorang kalau bos takder..



cyclone car wash and final destination

Korang mesti pernah cuci kereta dekat BHP kan..En. husband pernah la bawa triple A pergi cyclon car wash dekat BHP, Kepong. Serius anak aku yang adib tu takut gila.., adib muka legend tapi hati jambu..., dia dok tutup muka dari awal hingga la akhir...Adrean lak terpaku ke..terpesona ke..termusykil ke..aku pun tak tau la..tapi dia diam sediamnya..sampai la kami keluar dari BHP tu.

Aku tak de la nak ambil camera/fon nak ambil pic adib. Tapi, bila aku search google..aku jumpa la blog kwong fei ni. Dia pun ada cerita pasal cyclon car wash.

pic from BHP


Aku rasa lepas ni mesti adib tak bagi ayah dia pergi cuci kereta kat BHP dah. Sebabnya, malam tadi aku anak beranak tengok cerita final destination. Anak-anak aku ni memang 1st time kot tengok cerita ni sebab diorang dok la tanya aku.."lepas ni sapa mati ma?..lepas ni sape ma?"...

Tiga orang hero ni landing baeekk punya depan tv sambil tangan tutup telinga.., kalau tutup telinga tu maknanya diorang tengah takut la tue...sepatutnya tutup mata kan...heheheh, en, husband pulak takde..pergi rumah mak sekejap, aku dok kat sofa sambil menjahit baju..ececehhh..macam terer je bunyi jahit baju tu  kan..padahal jahitan dan macam rupa stapler kat baju jer..

Tetiba adrean dengan adam berlari dekat aku. Yang adib dah tutup muka terus dengan bantal..pehal lak budak-budak ni. Rupanya time tu ada part ni....
:
:
:


pompuan ni pergi cuci kereta macam kat BHP tu la.., hahahahadoi....terus anak-anak aku ni cakap..dah tak nak pergi cuci kereta macam ayah bawak tu..., takut la..ini la..itu la...macam-macam adam dengan adib bagi sebab kat aku. Adrean yang kecik tu pun sama naik..dok cakap..'akut..akut...", kesian sungguh la dengan anak-anak aku ni.

Tapi yang paling tragis malam tadi..bila cerita tu dah nak habis..masa panggung wayang meletup tu kan..tetiba rumah aku blackout..huihhhh....lagilah anak aku terkejut..adrean dah start nangis nak dukung..sabor je lah..

Aku dok cerita kat en husband pasal cyclon car wash tu..husband senyum jer.., senyum ada makna...makna pertama : memang dia tak bawak budak-budak dah kalau cuci kereta kat BHP, senyum kedua : Dia akan bawak jugak budak-budak ni ikut dia g cuci kereta kat sana..heheheh




Thursday, January 19, 2012

Yuran

Udah bayar deh..., itupun aku baru bayar hari ni. Minta tolong budak despatch kat opis ni..zap zup zap $2278.00 aku bagi kat budak tu suh bank in kan. Kalo aku g bayar jap g,conform2 aku sesat ke sogo.

Kat pwtc mana ada bank islam.., kene naik train g medan mara. Adalah lebih baik kiter minta pertolongan kawan kiter kan..thanx yer helmi :)

Lagi berapa hari je lagi kelas nak bermula..wah..sangat teruja dan bersemangat. Harap-harap semangat ni kekal la. Jangan mula2 kelas je semangat..pastu..dah kelaut..

Tuesday, January 17, 2012

Menghitung hari

Aku dok menghitung hari nak cuti ni.., tinggal baper hari je lagi kite nak cuti raya kan.., Aku tau..bukan aku sorang je..korang semua alami benda yang sama. Semua dok pakat jeling-jeling kalendar. Dan semestinya semua dah merangka program dan telah submit kertas kerja pada en. husband masing-masing (bagi yang bersuami) :)


Hari ni hari selasa.., lagi 3 hari je lagi ni..hehehe, excited kemain..macam kite pulak nak raya.Er..kita kan 1Malaysia..hehehe..


Program aku..mestilah balik kampung..ada makan besar untuk adik beradik aku.., kak long dah plan nak buat bbq kat kampung..dan terus nak sambut bsday ibu tersayang. Terpaksa buat advance bsday sebab birthday mak jatuh pada 6/2/12, aku tak dapat balik kampung sebab 5hb tu ada perarakan Maulidul Rasul di Putrajaya.


Penghujung Januari dan awal bulan Februari ni penuh je dengan cuti umum kan.., senang hati betul.., tapi..ko tengok la pertengahan bulan Feb dan bulan seterusnya...perghhh..tak hade cuti umum dah wei...kecuali cuti buat sendiri..., kiter hadap la muka bos kite yang muncung memanjang tu..


Ok, mari sambung buat kerja. Sebelum nak cuti..mestilah nak siapkan cepat kerja-kerja ni kan.., kerja memang tak kan habis..tapi sekurang-kurangnya..bila cuti nanti, "tray in" kita ni kosong.. ;)







Dialog adam

Adam sedang leka mewarna lukisan yang ditugaskan guru kelasnya. Mama adam hanya memerhati..

Adam : Mama,zirafah colour apa?
Mama adam: kuning hitam...(Muka cnfident)
Ayah: Oren hitam la..(Muka lagi cnfident)
Mama: eh,yerker??...(Muka cnfuse)
.....
Adam: Itulah,lain kali pergi la zoo....

Hamek kau....




Sent from omak den punyor BlackBerry®

Dialog adrean

Baru sampai dirumah kira-kira jam 730malam. Pn nani berjalan sambil dukung adrean..,lalu lah seekor tikus KL yang montok lagi gebu di hadapan. Tikus KL memang eksen dan tak takut manusia..

Adrean yang lagi peramah pun menegur...

adrean: g ane tu??..

Mak adrean: ????

Thursday, January 12, 2012

Surat cinta lagi

Hari ni aku dapat surat lagi. Aisshhh..penat rasanya jadi biskut chipsmore ni. Minggu ni i dekat tempat dia,minggu depan i dok ganti dia.

Kali ni kene memangku PA bos investment..,aku dah agak dah.nama aku jugak yang kene. Tensi jugak macam ni sebab kerja kiter pending dan ada partner lain tolong sambung. Kiter pulak dok tempat orang lain.

Dah dapat nasihat dari "mereka".hati-hati dengan bos tu..dia bla..bla..bla..,nani..pekakkan telinga je kalau dia tengking2..OMG..gua sudah cuak... :(

Nak buat macam mana kan. Dalam surat tu dok tulis SERTA MERTA. So,x paham2 lagi..,plan nak reject je..tapi kang bos kata aku dah besar kepala..,hopefully x lama la aku memangku tugas orang ni...rela dalam paksa hakikatnya..

Ya Allah Ya Tuhanku..Kau Permudahkanlah Tugas-tugasku..Ameenn....

Wednesday, January 11, 2012

Alhamdulillah.. :)

Syukur Alhamdulillah..aku telah lulus exam kelayakan dan diterima belajar di UUM...

Perasaan sekarang?..happy..cuak pun ada sebab aku dah tinggalkan zaman study dan exam hampir 12tahun..,macam dah tua je bunyi kan..

Yuran semester 1 hampir 2500.00,kelas bermula pada 28 dan 29 Januari..,semangat mesti kental dan semestinya sabar yang menebal perlu ada dalam jiwa.

Semoga aku dan anak-anak aku berjaya dalam pelajaran.. ;)

Thursday, January 5, 2012

adam 1st day at school

4hb Januari 2012..1st day adam ke sekolahnya. Excited kemain terutama kepada mak bapak budak..., Adam masuk sessi petang kira-kira jam 1 tengahari. 1st day berkumpul di kantin sekolah. Lepas tu baru beratur ikut kelas masing-masing.

Adam bersama bodyguardnya..Ijoi


Ni guru disiplin sekolah adam, cikgu azri namanya.


Time rehat adam order nasi lemak RM1(nasi+timun sepotong+telur suku) no ikan bilis..no kacang2...
tapi adam makan tak habis pun sebab pedas. So, kene beratur semula p beli air milo cair dan nugget 3 ketul juga RM1.
So maknanya, duit harian adam di sekolah memang tak cukup kalau diberi RM1.
:
:
:
:
balik time
:
:

Mak bapak atok nenek dah siap buat reformasi di pintu pagar. Sampai orang awam nak lalu pun tak boleh dan mengundang kemarahan.

Kawasan sekolah ni memang pack. Sebelah sekolah adam ni ada SK (J) Cina, SK (1) Selayang, SK (2) Selayang, SMK Selayang Baru, dan SMK Darul Ehsan. So, imagine sendiri macam mana keadaannya bila time kemuncak macam ni.




Budak-budak ni dok pusing-pusing kat pintu pagar sebab dah tak nampak mak bapak masing-masing dan time tu lah tangisan dah kedengaran.."Ibu..Ibu...Mama..Mama..."..kenapa takde yang sebut..'Ayah...ayah..."..hihihihihi
sekian untuk laporan hari pertama di sekolah adam, hari ke2 aku tak pergi. Ayahnya saja yang hantar dan teman makan time rehat.

Info yang ayah dia bagitau tadi.., masa adam nak letak pinggan bekas kuetiaw yang dia tak habis makan..ada budak2 tolak dia..Dah tumpah kuetiaw kat lantai. Adam dengan muka nak nangis dan muka takut nak kutip la kuetiaw2 kat lantai tu..cepat-cepat ayahnya suruh biarkan...huhuhu..kesian anak aku..badan dah la kecik.


Wednesday, January 4, 2012

Adib oh Adib

Look!!!, ni ialah adib..anak den no.2, memang sejak azali cam nih..

Adib ni macam mama dia jugak la.spesis letak la kepala kat mana-mana,kalo dah mengantuk tahap gaban..terus diulit intan..tak payah susah payah kira bulu kambing biri-biri.

Adib ni masa kecik sampai sekarang..,dia sesuka hati tidor kat bawah meja,bawah kerusi..dekat dapur..dan pernah terrrtidur dalam almari..kaki dekat luar..badan dalam almari...hahaha...dasyat kan...

Adib ni juga spesis suka tidur atas badan orang..dengan berat sedemikian rupa dia akan buat kuak lentang atas badan orang. Yang selalu menjadi mangsa..mestilah bapak nyer...

Pernah ada satu kes dekat kampung..adib hentam tidur atas badan mak long dia yang gebu bak tilam dunlop..sampai semput maklong dia tau..termengah-mengah la kami gelak esok paginya...

Adib adib...jangan sampai kebesar dah la peel awak ek...hihihihi

tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^