Thursday, November 17, 2011

duit

Kehidupan memang perlukan duitkan. kalo takde duit dalam poket dah rasa resah gelisah sebabnya nak beli barang keperluan atau tak perlu pun mesti guna duit., kalau guna daun...dah lama botak daun-daun kat dunia ni.


Tapi, walaupun kita amat memerlukan duit, kita mesti berfikir dengan rasional. Tambah-tambah pulak kalau nak cepat dapat duit.


Mukadimah dah panjang, ni aku nak story sikit mengenai duit dan sifat manusia yang mudah percaya. Al-kisah mengenai rakan sekerja aku.., aku simpati dekat kakak ni sebab dia dah bergelar mrs J kerana kematian suami.., mungkin kerana perlu menampung kehidupan seharian..dia perlu mencari duit lebih untuk menyara keluarga.


Hanya melalui FB, kakak ni mudah percaya dengan email layang dari orang yang suka mengambil kesempatan di atas kekurangan ilmu atau pengetahuan sesorang terutama wanita. Umpama dalam kes 'keldai dadah'. Tapi, masalah kakak ni bukan bab dadah..bab lain. Tapi, tetap cerita dan agenda yang selalu kita dengar di dalam suratkhabar dan tv.


Mujur kakak ni selalu bercerita dengan aku. Dia tunjukkan sms dari 'mangkuk hayun' tu yang kononnya sudah jatuh cinta bagai..., taktik yang sama kan..., so aku terangkan dekat akak tu apa yang akan terjadi dan apa tindakan 'mangkuk hayun' tu seterusnya..


Umpama aku penulis skrip dan lakonnya 'magkuk' tu, ceritanya tepat..ada pihak kononnya dari kastam bagai minta akak ni bank in duit 7K untuk ambil segala parcel yang kononnya telah dihadiahkan kepada akak ni.ish ish ish...,


Aku pun dengan lagak heroin call la "kastam" yang dimaksudkan, hah..mau gelabah budak perempuan tu..melayu hokehhh.., aku minta no. parcel nak buat rujukan. dah terkujat-kujat nak bagi dan terus cakap.."saya tak boleh bagi detail dekat orang lain kecuali customer saya yer.."., pandai la ko kan..., nampak sangat nipunyerrrrr


Mungkin dah cuak, dia call kakak tu dan sound..dia akan saman akak tu sebabnya tak nak ambil parcel dekat "kastam"..aduhai...manusia-manusia..., kenapa sampai begitu kan...


Masalah akak tu mungkin dah selesai sebab aku dah suruh akak tu report polis sebab dah jadi satu ugutan nak saman-saman orang. Tapi, bila difikirkan kenapa masih ada lagi wanita di luar sana yang percaya dengan benda macam ni. Mungkin teruja dengan ayat 'power' mat salleh/negro tu.., mungkin teruja dengan sms mereka yang mengatakan mereka pos intan berlian, fon Apple 4, Ipad, gelang, rantai..,


Oh wanita, tak semudah itu orang yang kita tak kenal nak bagi hadiah bernilai macam tu..."Laki aku pun tak bagi intan permata tau..." ;)


So, fikir-fikirkan lah.., "BUKAN SENANG NAK SENANG..BUKAN SUSAH NAK SUSAH...."

Kredit from pakcik g

No comments:

Post a Comment

tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^