Sunday, December 4, 2011

no title again

Akhirnya hari ni kami semua pulang dari teambuilding di BTN, Port Dickson.., bertolak agak lewat dari jadual..rasanya kira-kira hampir jam 3 petang. Sampai di PWTC jam 5 petang. Menapak dengan beg yang berat ke taxi-stand.
Memandangkan hari ini hari terakhir perhimpunan UMNO, driver teksi mula menunjukkan peelnya.., "sori dik..hari ni teksi tak pakai meter.., kami charge RM35 kalau nak pergi selayang". Wah, pakcik teksi mula buat undang-undang sendiri nampak gayanya...
Setelah mencongak duit dalam wallet..hanya berbaki RM45 sebab aku tak sempat nak jengah ATM machine...aku setuju jugak dengan offer tak logik pakcik teksi tu. Dalam perut teksi aku hanya membatukan diri sebab pakcik ni agak pendiam tapi bawa kereta macam jalan ni dia yang punya.
Sampai di rumah yang sunyi..terus settlekan cage kucing yang wangi semerbak..dan lepaskan kucing-kucing kesayangan yang dari tadi aku dengar asyik menjerit minta dilepaskan.Selepas bersihkan diri dan solat, terus menjengah fridge. Walaupun mata kuyu, badan lesu..aku gagahkan juga masak untuk diri sendiri dan untuk suami yang akan sampai di Malaysia malam ini.yeah..masak favourite food...
spagetti dan air coke suku dari mug...
Alhamdulillah..itu rezeki perut untuk hari ini. Sekarang mari baring-baring di sofa sambil melayan Maharaja Lawak Mega ulangan dan tangan berBBM..
Mata mula kuyu..dan akhirnya Maharaja Lawak tengok aku :)
#Pic di PD akan diupload setelah badan mula hilang lelahnya.....

No comments:

Post a Comment

tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^