Thursday, October 23, 2014

BIZI BEBENORRR

Lohhhh...last update raya puasa...hahaha..kasihan sungguh la blog ni dapat tuan mcm akak kann.., Tapi aku bz tahap gaban semenjak 2 3 4 5 menjak ni. Oleh kerana kebizian yang melampaulah aku tak sempat nak godek-godek blog..huhuhu...



ENTRY 1 : RAYA DI OFFICE

Oleh kerana save budget...ehhh..bukan2...bukan save budget sebenarnya. Kan majoriti tahun ni open house ofis2 banyak x buat..sebab mengenang tragedi MH17, so office kami pun trlibat juga. Sambut kecil-kecilan di dalam office je. 

Setiap department hangkut makanan masing2..buat gerai. Departmen aku share dengan Property Department (Level 11- Level yang sama), so..bkerjasama la kami. Walaupun banyak yang buat last minute..group kami menang kategori kedai cantik..dapat la no.2..ok kan...hehehe..bseni jugak tangan2 budak investment & property ni..

gambar tak berapa nak banyak sebab tuan belog sibuk makan dalam dewan.., hnfon kene letak tepi 


Suku daripada kami




Masa bulan puasa aritu,office ada buat kuiz ramadhan. So ini hasilnya :)

Ambik je la gambo dari gallery office ni..
Nyampah tau..mentang2 aku pakai hijau..background lak hijau..jadi cam gitu gambo aku..
sabotaj sangat....

Korang jangan pelik lak tgk mmber aku pakai baju stewardess tu.
Ekceli.semua department kene buat persembahan..tak kisah le nyanyi ke..joget ke..blakon ke...
tu yang mmber pakai cam tu..



 Itu saja untuk entry RAYA DI OFFICE







Tuesday, August 12, 2014

RAYA 2014

Tahun ni kami beraya kt kampung aku pulak yer. So, hari khamis kami dah balik kampung. Jalan tak berapa nak jammed sebab awal lagi kan. Tahun ni adik beradik aku ramai beraya rumah mertua. Just ada aku, abang no.2, adik aku yang memang dok sana dan adik bongsu aku yang study di perlis.

So, macam sunyi sikit la kecuali bunyi riuh anak2 aku je. Adik beradik yang lain balik kampung raya ke2. Tapi, aku raya ke2 dah balik KL sebab husband dah kene kerja hari raya ke3. Aku masuk office hari raya ke4. Hadoi,.tak best langsungkannnnn...

Gambar tak berapa nak banyak la. 1st raya aku g beraya rumah jiran-jiran dengan member2 jiran aku. Kira macam konvoi la. Adalah dalam 6 buah rumah kami terjah. Memang kekenyangan la kannn. Laksa, soto, laksa dan laksa,....semua kami layan. Tinggal la laki aku dengan abang aku kat rumah. So diorang la dok melayan budak2 yang datang rumah. hehehe..

Tapi takpe,.sebab aku awal2 dah siapkan kuih, nasi impit, rendang dengan air 1 bekas besar dkt luar. Laki aku just pegang duit raya jer. Cawan pun aku dah siapkan..kali ni aku letak cawan polystyrene jer. Malas la aku nak membasuh ni. Kakitangan tak cukup. Tapi kalo kawan abah datang ke,.kawan2 datang..aku tak la pakai cawan tu.nampak noooo aku malas...hahahha

so, layan je la gambar yang tak seberapa ni yer...dan semestinya gambar aku tetap tak tersusun...hahahha..,

Zaman monopod skang...

Time ni g ziarah kubur arwah mak,..sedih..sayu...semua ada time ni

Cinta Hati

Hah..tetiba gambar budak tecik ni. Ni gambar raya ke3. Time ni dah sampai KL..

Gambar dekat kampung. Semua dok tunggu husband dok isi minyak tanah nak pasang pelita

Adeel

Sesi main bunga api...Adrean

Adib
Budak ni kene pantau lebih. dia nak pegang api. Tak mencabar pegang hujung2 katanyaa kot. Menjerit2 la aku dekat rumah tu..

Abaikan kaki gajah tu..hahhaha
Ni semua lepas penat main bunga api...

Pagi raya...
Mama wif Adeel

Datang pulak adam dengan adrean...Adeel relax lagi time nie...

Ha,,,ko tengok muka adeel...Tu tengah tolak abang dia tu. Tak bagi join dia amik gambar

Eh...habis dah...hahahahhahahah...takde penutup kan. Lantak situ..hahahha..

PHOTOSHOOT RAYA INVESTMENT

sebelum semua staff bercuti balik kampung, moh kiter bergambo!!. Kebetulan pulak kitorg pakai kaler yang sama..ada 3 kaler dlm group investment..purple..hijau..biru.., Tapi kitorang tak la pakai baju raya..heheh..gambor berterabur sikit. Aku malas dah nak edit2. layankan ajer yerrr...




Cari port yang sesuai

Udah kenapa deme ni...

Nak susun sape rendah..sape tinggi..big bos dah kepanasan










Geng hijau turquoise

Geng Hijau


Aku group biru


Group Purple mengong sikit..hahaha
our GM
Korang tengok geng purple kt belakang...sengal je

itu jer la gambar yang ada..nnti aku tepek gambo raya pulak yer...


Wednesday, July 16, 2014

MENU BERBUKA

Alhamdulillah...harini genap 18hari kiter berpuasa kan. Harap-harap dapat puasa penuh seperti tahun yang lepas..hehehhe. Radio pun dah pasang lagu rayakan. Tapi, aku buat-buat tak dengar. Sayu la...herm..

okeh..nak cerita pasal menu berbuka. Dah 18 hari puasa ni..baru 2 or 3 kali je la kot kitorg berbuka dekat rumah. Ini bukan bermakna kami sekeluarga asyik makan di kedai..asyik makan di hotel..wah!!!..kayo sangat la tu nak makan kt hotel hari2 kan..ingat ada syer ker apa..hehehe..

Waktu office hour di bulan puasa adalah 830pg-430ptg. So, tepat 430ptg..ku berlari2 ke station putra kerinchi..naik putra g masjid jamek dan menunggu en norman dkt sana sebab en norman balik dalam 445. Kalau tak balance..kene la tunggu dia settle dkt kaunter..

So, sampai rumah around 6pm. Kami ambil adeel dkt rumah SIL dan apa ke lagikkkk..pergi bazaar ramadhan je lah. Naik hafal dah menu2 kt bazaar tu. Dekat selayang ni ada 3 je kot bazaar. Semua dah jelajah dah. Hero-hero aku tak berapa nak makan nasi. So, menu wajib diorg adalah roti john, murtabak, air soya. Itu je lah diorg dok repeat..Takde gambar nk diupload...

Tapi, ni adalah menu wajib aku masa bersahur. Sambal hitam bilis..makan dengan nasi panas...huishh..sedap..., lepas tu baru-baru ni..mmber office jual pekasam. Aku adalah manusia yang memang tak makan pekasam. Sebab semua dari ikan sungaikan. Tapi, ni aku jumpa member jual daging pekasam. Not bad jugak lah,.


Ada 3 stock untuk aku sorang...Yang lain tak makan. OK bagus!..hehehhe

Ini daging pekasam sebelum digoreng.


Tadaaaa...ni selepas digoreng...letak cili api lebih sikit..letak bawang...memang best!!

 
Eh..eh.,...terselit menu masak berbuka di hujung minggu.., Ayam masak sambal,.petai tu aku punye sorang..yang lain tak makan...hahahha

Ni bukan menu berbuka..saje nak letak sebab suka,...hahahhaa.. beli ni dkt nelson area office..sedapnyerrrrr

chicken pox lagi..

ok...aritu aku dok story pasal adib kene ciken pox. 2 minggu lepas tu..masa balik kampung..tengok badan adam, adrean dengan adeel dah merah-merah. So, takde la aktiviti mandi manda di hot spring dekat kampung. Duduk je la diam-diam dekat rumah.

Pagi ahad, kitorg balik KL awal. Sebab nak bawak 3 hero yang diserang ciken dance pox ni. Dalam kereta semua senyap. 3 hero muka tak bermaya..

dan..mama cuti masak lagi,...hahah..alasan kan.., actually aku masak jugak la masa dh 3 4 hari kene tu. Saje nak testkan...tapi..tengok adrean dok menggaru baik punyer. terus esok tu dah x masak dah...

Abang adam la paling kesian..habis semua dalam mulut ada..nak makan pun susah. dah la tak nak makan bubur nasi. so aku suapkan aje biskut cicah milo..kasi lembik,,telan je la adam...

kat belakang badan abg adam. 1st day kene dh macam ni

Alololoooo..adrean mangsa ke3.hahha

tak banyak lagi masa ni..

Sampai je rumah,,terus g klinik. Adib umat paling bahagia,,sbb dia dah lepas. yang depan tu..belum banyak lagi kat badan..tu yg senyum lebar..

Suka korang yer....


ok..dh jadi zombie..

kene jugak mamat sorang ni...tapi selamat dia tak menggaru..1st time letak krim ni,.dia punye geli sampai nak muntah..dia masuk bilik air..suruh bapak dia bukak air..hahah..kesian

pagi..petang..siang...malam dengan krim...

ni aku letak bedak sejuk + daun semambu. Aku blend kasi halus...sbb tak kalau blend tak halus.,habis berterabur..ini pun memula semua tak nak pakai..ku jerkah..semua muka redhoooo

hahahha...panorama biasa ketika budak2 dilanda ciken pox...
skang ni dh kurang la,..tinggal parut2 je..tapi aku masih pakaikan krim dkt badan diorang..letak krim shaklee tu..kurang sikit parutnya..

Thursday, June 5, 2014

KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Tajukkkk..kemain kannnnnn..hahahah, cerita feberet aku skang ni. Best korang,,, aku ni jarang sikit melayan cerita sambung menyambung ni. Penat nak tunggu. Tapi, bile 1st tengok cerita ni...aku dah rasa..macam best.

Kadang-kadang balik office kan lambat, pukul 7 lebih atau kul 8.00 malam baru sampai rumah, esok pagi-pagi sampai office, aku qada balik tengok cerita ni dekat internet. Lepas tu baru rasa tenang buat kejer. ha..boleh macam tu kan...

Cerita ni adaptasi dari novel. Novel ni aku belum baca..so layan la cerita dia..dan memang best!!. Sinopsis sila korang gugel sebab aku malas nak type. 

Hero dan heroin. Izreen dalam cerita ni..kelakar sebab kelam kabut...Cakap nak laju je...hahah

Jahat gile diorang ni. Mengikis tak hengatt...Anak beranak sama perangai

Hahahaha...kalo budak opis aku tengok ni..mampus aku. Korang tengok muka ni dengan muka watak wati yang jahat tu. Agak-agak sama tak?
Ni budak akaun office aku. Muka dia macam muka wati jahat tu. Harap kalau dia tengok gambar dia dalam blog aku  ni..dia tak marah dan x mintak royalti..hahahah



tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^