Saturday, December 31, 2011

buluh dan abah

Tetiba hari ni aku nak cerita perihal dulu-dulu.., aku dok kampung..., dekat Felda Sungai Klah, Sungkai. Dulu kampung aku serius memang tak la glemer macam sekarang. Kalau masih tak tau kat mana kampung aku, kome cuba search apa ada pada nama kampung aku tu.

Masa zaman kecik-kecik aku dulu, jenuh sangat nak dapat tengok tv. Yelah, dulu mana ada astro kan, nak dapat tengok tv3 pun dah jenuh. So, bila hujan lebat atau angin kuat kat kampung..abah aku terpaksa pusing2 kan ariel tv tu. korang tau...bapak aku pakai buluh je buat ariel tv ni..


macam ni la sikit-sikit rupa buluhnya. Pakai buluh panjang..pastu atas skali tu letak la ariel tv. Yang tolong angkat buluh tu kasi naik semestinya mak aku, aku dan adik beradik aku. Abang-abang dok asrama, so..kami yang perempuan2 ni la jadi jantan sekejap.., sebab tu sampai sekarang kami 'gagah' macam abah :)

Tapi, bila time malam yang tak syok tu..pas hujan je, setting tv entah kemana-mana, time tu abah kene pusing buluh kat luar, dan kami adik beradik dok ngadap tv.., sambil abah kat luar pusing buluh..kami adik beradik jerit kat abah.."belum...belum...belum..."hahahaha..., bila dah nampak sikit bayang-bayang gambar tu..cepat-cepat cakap.."ok..ok..lagi sikit...lagi sikit...."hehehehe...

Itu semua kenangan masa kecik-kecik, sekarang ni semua dah pakai astro.., dah tak la dengar kite cakap.."belum...belum...belum..., ok..ok...lagi sikit..., dah nampak gambar sikit...",

Abah pun dah tak larat kan.., tapi tetap gagah di hati kami *-*


i love my abah
::
- sape la yang dok landing kat belakang abah tu..siap nampak perut...hahahha..cucu abah la tu-

Friday, December 30, 2011

Happy new year

Selamat Tahun Baru kepada anda semua. Semoga tahun 2012 ni akan lebih bermakna kepada kita.

Azam?..aku dah lama x der azam sempena tahun baru. Masa zaman sekolah2 dulu ada la. Itupun sebab boyfriend dok sibuk tanya apa azam aku. Sekarang??nan hado..

Tapi jap lagi kot2 husband aku tanya apa azam baru..aku nak jawab.."Nak ada anak no.4 pada 121212.."Errrr...tu kategori azam ke??...hahaha...abaikan :)

So,kepada anda yang ada azam..semoga terlaksana dengan jayanya...

Org Memberi Kita Terima

Saya dapat hadiah hari ni..tq to kak zeines :)

Dengan pesanan: next year bagi la lagi yer...

Maharaja Lawak Mega

Malam ni adalah final Maharaja Lawak Mega.., tak sabar nak tengok aksi kumpulan Boboi dengan Osbon.


Dari minggu pertama kumpulan Boboi tak berganjak dari tangga pertama. Tapi, tak mustahil kalau kumpulan Osbon boleh jadi juara kan. Persembahan kumpulan Osbon pun boleh tahan hebatnya.


Aku bukanlah pengkritik yang hebat, so tak payah la aku nak cakap lebih-lebih. Kita sama-sama tunggu persembahan dan keputusan malam ni.











kredit pic from astro

Thursday, December 29, 2011

cuti yang busy

hari ni sana sini ibu bapak sibuk dengan orientasi sekolah anak. Jalan ke sekolah pun sesak. Hari ni aku hantar abang adam ke sk (1) selayang baru. Seronok kemain anak aku jumpa kawan-kawan sekolah lama dia. Dah macam reunion pulak rasanya.
Sampai sekolah semua pelajar tahun 1 masuk kelas masing-masing dan mak bapak dok dalam dewan dengar taklimat cikgu-cikgi. Lepas bayar yuran PIBG dan settlekan apa yang patut, pergi beli buku di koperasi sekolah.




Inilah tempat dimana anak aku akan menimba ilmu.


'peace yoooo'
ok, settle semua dah yuran dan buku.., sekarang mari ke tearoom, bangsar. Sepatutnya aku pergi semalam. Ambil cupcake anniversary yang aku order by groupon.Anniversary dah lepas..tapi disebabkan banyak sangat order..tu yang aku dapat cupcake ni 28hb12. Ok la tu kan..
murah tau..ada 22pcs just RM29.00 jer, member aku sorang ni gile ngan photobook. Beli dengan groupon jugaksss. dan berjangkit penyakit kami ni, tapi aku obses dengan makan dan makan..hehehe
tearoom ni berdekatan dengan wisma volkswagen, jalan maarof.

kredit pic at this blog

pink colour

not bad la rasanya.., kalau nak try p la sana yer

my name.. 'N'
ok, dah habis aktiviti diluar, pulang kerumah dengan tugas yang sedia menanti.., baju sudah menggunung bak everest..., jom mendobi :)

lunch department

lunch department HRA kali ni di Seri Pacific Hotel. So, plan untuk pick up my cupcakes di tearoom bangsar bersama fuaat terpaksa dibatalkan.
Menu kali ni tak berapa nak menarik. Tapi, rezeki jangan ditolak..kita belasah apa yang patut...






Ini ialah menu pertama aku. Nasi, terung sambal, ikan tenggiri percik, daging blackpepper, ayam, ayam, ayam dan ayam...

Ini pula adalah menu kedua yang aku ambil.., spaggeti cream sauce...
ok, ini pula adalah menu ketiga merangkap menu terakhir aku, dessert with ice cream, tak pandai nak komen lebih-lebih sebab dessert ni biasa2 je.., dan tak de la ayat "uihhhhhhhh...mabelesssssss..." sepanjang aku menjamu selera..

shida dan kak mas.., budak shida ni nampak je slim..rupa-rupanya dia kuat makan dari aku... :)
on the way balik office, ada la hamba Allah yang baik hati bagi kek coklat ni kat aku..."okeh..mari menambah lemak :)"

ini pula menu sementara menunggu en husband sampai. spring roll dan ice lemon tea.., kita tambah lagi berat badan yang sedia berat ni yer...
=Alhamdulillah..banyak rezeki hari ni kan..., so jangan nak merungut pasal berat badan okeh=

tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^