Tuesday, November 29, 2011

miss my triple A



baru berapa jam mama dengan ayah terpaksa tinggalkan hero-hero mama dekat kampung. Tapi mama dah rasa macam bertahun.., rindu sangat...sebak dada bila tengok toys dan baju anak-anak mama...
macam mana la nak hadap lagi 5 hari ni kan.., baru berapa jam hero-hero mama dekat kampung, dah berpuluh sms yang mama hantar dekat makteh..., "adib ok tak?, adrean nangis ker?, adam macam mana?"...
mama pergi kedai, nak beli barang...pandang roti coklat teringat kat adrean, pandang biskut kacang teringat kat abang adam, tengok biskut tiger...teringat kat adib..., time-time tu jugak air mata mama bertakung...terus tak jadi beli..mama ambil ubat nyamuk ridsect walaupun ridsect dekat rumah banyak lagi.
dekat rumah rasa sunyi.., kalau tak mesti mama dengar suara abg adam berebut toys dengan adib, dengar suara adrean...anak manja mama panggil mama..., sayu lagi hati mama....
Nak hilangkan sunyi, mama baca novel.., yang ianya...mata mama dekat novel..tapi hati dan jiwa mama teringatkan hero-hero mama ni...rindunya mama dengan anak2 mama...
mama tahu...ayah pun rasa sunyi...sebab tu sampai je rumah petang tadi...ayah terus capai game x-box ayah..., bila bunyi sms masuk...laju ayah tanya..."apa info terkini hero-hero dekat kampung"..
mama tenangkan diri mama sendiri..., harap anak mama dan ayah tak nangis.., minggu depan mama dengan ayah ambil yer...
MAMA DAN AYAH RINDUKAN ADAM, ADIB DAN ADREAN...

Saturday, November 26, 2011

memories

hari tu akak bagi saya ni...,pastu akak bagi saya baju pulak..., thanks to sis sh.huzai sirriah kerana bagi saya baju ni. Ingat jugak akak kat saya yer,...Tapi sedih la..tak lama lagi akak nak pergi tempat lain..wargh..sangat tak seronok...., baju ni jadi kenangan untuk saya yer....
ni antara kenangan kami.., makan nasi minang kat area sogo tu.., tapi masa saya amik pic ni...akak x join saya kan..akak sibuk ngan appointment..hihi, tapi saya tak lupa tapaukan nasi minang untuk akak...
menu saya masa akak x join..
telur masin: saya makan kuning..akak makan yang putih sebab akak cakap yang kuning banyak kolestrol...
masak lemak pucuk ubi:akak cakap akak tak makan...hanginnnnn...
daging dendeng:feberet saya.., tapi akak tak suka sebab liat..kene kunyah sejuta kali baru telan...
sambal cili masak: feberet saya juga..tp akak tetap tak suka sebab sambal ni banyak minyak...
*walaupun tekak kiter berbeza..tp kiter tetap serasi bersama.. =)
lepas makan nasi minang..kiter suka tapau air kat bonjuk tea..., kiter sama-sama order strawberry ice blended.., sedapnya masa kunyah magic ball tu kan...
tapi, pic ni diambil masa saya pergi bonjuk tea tanpa akak...,

saya order snow ice strawberry..., tak sempat nak bagi akak rasa..dah habis....tapi saya tetap tapaukan untuk akak strawberry iceblended..hihihihi
dan masa saya sampai dekat pintu akak menjerit sebab saya lambat sampai..hahahah..kesian...
kenangan saya dengan akak tak banyak.., tapi yang sikit itu bergitu bermakna, terima kasih kerana menjadi rakan gaduh saya.. =)

Friday, November 25, 2011

Bekalan

Ini adalah bekalan untuk hero-hero kami sepeninggalan mereka di kampung.(Betul ke aku guna ayat sepeninggalan tuh :) ). Scott's emulsion,multi vitamin,vitamin c,ubat demam,ubat selesema,ubat batuk..Yelah,aku kan nak kene hantar diorang balik kampung hari ahad ni.ohhh..sungguh sedih...huhuhu

Kalo Adam tu..memang aku dah biasakan dia dok kampung dan dia memang suka dok sana.Adam juga glemer dikalangan pakcik2 kat kampung aku tu sebabnya dia suka ikut atok lepak kat kedai kopi sambil hirup kopi dekat piring...hehehe

Tapi,kalo adib dengan adrean..fuh,memang tak pernah la aku tinggal diorg tanpa mak bapaknya di sisi..,tu yg aku ngan laki aku dok menung jer.Macam mana la mamat ni nak dok seminggu kat sana. Kalo dia mengamuk..fuh..kompom atok ngan opah pening..

Tapi,aku dah bodek adib,aku cakap.."Kat umah atok ada ayam,adik kejar je ayam atok tu yer..."Hehehe..mau mengamuk bapak aku nanti..

Harapnya semua berjalan dengan baik.Aku dapat ikuti kursus dengan tenang,en husband dapat berjalan sakan dengan lancar :)

Tuesday, November 22, 2011

Jam dh dekat 2pagi ni..,aku x nak type panjang-panjang...just nak tulis ayat ni...

Malaysian is Magic..Indonesia is Tragic...Gelora bung KUS...,proud of u harimaumalaya... :)

Esok korang jangan beli Bakso..cnform naik harga...:ihihihi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 21, 2011

Awal

Hari ni harus pulang awal...
Ambil anak awal...
Basuh baju awal..
Iron baju awal..
Kemas beg awal...
Nak dok depan tv awal-awal...

Sebab apa saya nak segala-galanya awal...

BOLA kan fINAL hari ni..

tu pasal saya perlu segerakan tugas saya awal-awal...=)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 17, 2011

duit

Kehidupan memang perlukan duitkan. kalo takde duit dalam poket dah rasa resah gelisah sebabnya nak beli barang keperluan atau tak perlu pun mesti guna duit., kalau guna daun...dah lama botak daun-daun kat dunia ni.


Tapi, walaupun kita amat memerlukan duit, kita mesti berfikir dengan rasional. Tambah-tambah pulak kalau nak cepat dapat duit.


Mukadimah dah panjang, ni aku nak story sikit mengenai duit dan sifat manusia yang mudah percaya. Al-kisah mengenai rakan sekerja aku.., aku simpati dekat kakak ni sebab dia dah bergelar mrs J kerana kematian suami.., mungkin kerana perlu menampung kehidupan seharian..dia perlu mencari duit lebih untuk menyara keluarga.


Hanya melalui FB, kakak ni mudah percaya dengan email layang dari orang yang suka mengambil kesempatan di atas kekurangan ilmu atau pengetahuan sesorang terutama wanita. Umpama dalam kes 'keldai dadah'. Tapi, masalah kakak ni bukan bab dadah..bab lain. Tapi, tetap cerita dan agenda yang selalu kita dengar di dalam suratkhabar dan tv.


Mujur kakak ni selalu bercerita dengan aku. Dia tunjukkan sms dari 'mangkuk hayun' tu yang kononnya sudah jatuh cinta bagai..., taktik yang sama kan..., so aku terangkan dekat akak tu apa yang akan terjadi dan apa tindakan 'mangkuk hayun' tu seterusnya..


Umpama aku penulis skrip dan lakonnya 'magkuk' tu, ceritanya tepat..ada pihak kononnya dari kastam bagai minta akak ni bank in duit 7K untuk ambil segala parcel yang kononnya telah dihadiahkan kepada akak ni.ish ish ish...,


Aku pun dengan lagak heroin call la "kastam" yang dimaksudkan, hah..mau gelabah budak perempuan tu..melayu hokehhh.., aku minta no. parcel nak buat rujukan. dah terkujat-kujat nak bagi dan terus cakap.."saya tak boleh bagi detail dekat orang lain kecuali customer saya yer.."., pandai la ko kan..., nampak sangat nipunyerrrrr


Mungkin dah cuak, dia call kakak tu dan sound..dia akan saman akak tu sebabnya tak nak ambil parcel dekat "kastam"..aduhai...manusia-manusia..., kenapa sampai begitu kan...


Masalah akak tu mungkin dah selesai sebab aku dah suruh akak tu report polis sebab dah jadi satu ugutan nak saman-saman orang. Tapi, bila difikirkan kenapa masih ada lagi wanita di luar sana yang percaya dengan benda macam ni. Mungkin teruja dengan ayat 'power' mat salleh/negro tu.., mungkin teruja dengan sms mereka yang mengatakan mereka pos intan berlian, fon Apple 4, Ipad, gelang, rantai..,


Oh wanita, tak semudah itu orang yang kita tak kenal nak bagi hadiah bernilai macam tu..."Laki aku pun tak bagi intan permata tau..." ;)


So, fikir-fikirkan lah.., "BUKAN SENANG NAK SENANG..BUKAN SUSAH NAK SUSAH...."

Kredit from pakcik g

Tuesday, November 15, 2011

BTN

Sebelum nak pergi lunch harini,dapat call dari member.."Nani,kiter kene pergi BTN,pls check email"...

Aduhai,namo den tersenarai dlm group 1 kene pergi BTN kt PD..

Hurm,kene la hantar anak2 kat kampung hujung bulan ni. Sebabnya,30hb smpai 3hb..en.husband ada trip ke Bandung..,plan dah cantik..kalo hsband pergi Bandung nanti..aku minta anak sedara tidor kat rumah..senang aku nak pergi keje awal2 pagi..coz nak apply cuti pun..cuti tahun dah nak habis..

Tup2..dapat email ni..aku lak kene pergi BTN dari 1-3hb 12..,kesiannya hero2 aku tu.

So,maknanya..kene buat plan baru..sama ada ambil mak kat kampung dok KL,hantar hero2 balik kampung sambil mengerjakan ayam-ayam kampung atok,or tinggalkan hero2 di rumah mertua or SIL..hurm..

Monday, November 14, 2011

PLK

Aku bersemangat untuk sambung study....,dah nampakkan..ayat kt form tu...,hihih..baru saja apply PLK-UUM..,tapi aku x sure sama ada lepas ke tidak..,try je la kan..

En.husband pun dah bagi semangat kesukanan suh aku sambung study..,

Malas nak story panjang2..,kiter tunggu jawapannye nanti..

Thursday, November 10, 2011

Rezeki tak perlu kiter tolak

Arini lunch mcd sebab agak malas nak g food court dkt mall..,baru je melepaskan lelah balik dari lunch...ada sorang kakak yg baik hati telah menghulurkan kepada saya bungkusan ini.

Wah,terima kasih sangat..bau yang sangat sedap..,balik nanti saya kerjakan isi dalam bungkusan ini..tenkiu kakak..walaupun gurau kiter kasar..tp hati kiter lembut...ececehhh...

doktor cinta



siapa yang kaki novel tu...mesti dah baca novel 'doktor cinta' nukilan dari dyadila...fuh, best citer ni..., aku pinjam dekat adik bongsu aku..., aku habiskan baca dalam masa 2 hari.., sanggup aku bersengkang mata sampai pukul 2-3 pagi nak mengabiskannya.


dah macam orang gila pulak aku baca..ada part yang kejap-kejap aku gelak sesorang..kejap-kejap aku menangis.. tapi memang best..

dan, akibat bersengkang mata habiskan baca buku ni,..sekarang mata aku dah kuyu...ngantuknyaaaaaa..huarrggggg....

Tangisnya Masih Berbaki

Harini aku dan en.husband pergi sekolah tadika abg adam. Nak pergi sign report card anak bujang aku tu..

Adam..Adam..,ada naik turun resultnya..,ustazah pun ada cakap Adam macam tak semangat nak siapkan kerja sekolah..Asyik dengan kawan-kawannya..,apalagik..berborak la tu..(Tu ikut perangai aku)...heheheh

Masa aku dan en.husband dok belek-belek report card adam..sempat pulak en.husband aku ni bisik kat telingan adam.
"Abg Adam nak rotan ke tali pinggang?"..
dah start dah..aku tengok mata adam dah merah..bertakung airmata dia..aku pulak yang sedih...,tak sampai 5 minit..dah mengalir airmata Adam...huhuhuh...Adam tu dah la *cengeng*(cepat nangis mcm haku jugakkk)

Tersedu sedan la Adam masa kuar pagar tadi..,kesian dia..tunduk je..mungkin takut kawan-kawan nampak...(Pemalu macam haku jugak...)

Takpe Adam..ni baru selangkah..lepas ni Adam jangan nak main banyak..,sebab mak ayah mana tak nak tengok anaknya cemerlang dalam pelajarankan..

tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^