Thursday, February 2, 2012

*+;:b)3#@$/

Aku pening kepala..,mual2..,selera makan bertambah..,'sahabat baik' tak datang bulan 1...

Apakah?,bagaimanakah?,dimanakah?,bertubi2 soalanku..

"Kah..kah..kah..kah..kah..kah..",jawab lakiku....



Sent from omak den punyor BlackBerry®

Friday, January 27, 2012

Fening fening

Hari ni aku EL..,hurm...sape yang kat sini nak EL kan. Semua tak nak sebab rekod tak cantik..

Alkisah pagi tadi memang dah bersiap nak pergi kerja. Tetiba en husband cakap dia gastrik. Ahh sudah...laki aku ni kalo gastrik memang teruk..stok tak boleh jalan punya..baring jer...

Kepala otak aku ni dok memikir..,kalau aku pergi kerja jugak..tak kan nak tinggal anak2 kat en husband. My FIL dengan my MIL tengah tak sihat sebab MIL baru keluar hospital. My SIL pulak..malam tadi dah pergi hospital bawa anak teruna injured main futsal. Dan pagi ni kene follow up dengan doc pakar.

Huarrrrgggg...aku kene EL. Sape nak jaga hero2 aku wehh. Jenuh aku merangka ayat nak text dekat bos.

Kalau aku ni kerja sendiri kan senang..., :)

Hopefully en husband cepat2 sihat..sebab esok dan lusa aku ada kelas...


Sent from omak den punyor BlackBerry®

Thursday, January 26, 2012

Modul

Ini ialah modul untuk 1st semester..,belum di print lagi. Aku baru lapor diri di uum hari ni. Sampai jam 845 am dan terus lapor diri.

Jam 10 pagi ada taklimat di level 9. Ada sesi suaikenal diantara kami semua. Majoriti dalam kelas aku dari PDRM..,dan selebihnya dari kakitangan awam dan private sector.

Selepas lunch dan solat zuhur..taklimat disambung semula. Kemudian ada sesi baca ikrar pelajar dan nyanyian lagu negaraku dan lagu uum. Dan,diakhir sekali dengan mengambil modul masing-masing.

Untuk semester 1 ni,hanya ada 13jam kredit. Ambil subject Pembangunan Masyarakat,Pentadbiran Awam,Tamadun Islam dan Tamadun Asia,Bahasa Melayu Pengurusan dan Pengantar Pengurusan.

Dan,kelas akan bermula pada hari sabtu dan ahad ini.

Sekian untuk laporan hari ini. Minta maaf huraian agak mendaftar sebab tuan tanah penat sangat hari ni.... Peace!!!!

Wednesday, January 25, 2012

sinussssss



Aku dan sapu tangan memang tak boleh dipisahkan.., Kalau dipisahkan..jenuh la nak cari kain buat lap. Hadoi...aku alami sinus ni dah lama. Rasa kali ni macam dah teruk berbanding dulu.


Sebab sekarang ni aku selalu bersin dan bersin, tekak pun selalu gatal. Tambah-tambah pulak kalau time pagi or malam. Sebab tu kalau nak tidur, aku kene standby towel kat sebelah. Sebabnya, asal aku terjaga tak kira la jam berapa..hidung aku start bersin. Sampai naik semput dah rasanya.


Dekat office pun sama lah..sebab terdedah dengan aircond, carpet office.., sebab tu dalam beg aku ni dah standby towel..tisu memang tak cukup la derrr...


Aku survey juga ubat-ubat untuk kurang dan hilangkan sinus ni. Ada yang kata, kain yang macam corong tu tak elok. apa ek namanya..aku dah lupa.., ada yang kata biovco tu elok.., aku nak try jugak la. mana la tau kan..boleh berkurangan penyakit ni. Selama ni doc bagi spray je kat aku..jenuh jugak sebab time tu je la kurangnya pun. Tak sampai baper jam..dah aku start bersin balik...


Kata doc : Elakkan dekat dengan bulu kucing

kata aku : Saya ada 7 ekor kucing


ada siapa2 kat sini nak kucing??..tapi aku nak jugak bela kucing aku tu barang sekor dua...hihihi

Friday, January 20, 2012

bos gua mc wehhh

bahagia tak kome bos MC 2 hari..., hahahah...zalim betul aku ni kan.., subuh2 semalam driver bos bbm aku.."nani, bos MC.. :) ,so pagi tu aku makeup dalam senyuman...

hari ni ternanti-nanti juga bbm dari driver..ish..takde good newsssss ke hape ni.., takpelah redha je lah..Bos sementara aku je tu.., aku kan kene jadi pangku memangku akak PA ni, so keserasian tu belum muncul lagi..kikiki

Sampai office.., tengah dok refill air panas untuk bos minum, buang habuk-habuk rokok bos, bbm gua berbunyi lagi.."Nani, bos mc hari ni"..ngeeee..gua senyum...sambil nyanyi lagu kuda kepang...

Tak sampai 1/2 jam, sms masuk..from bos SAZ: "saya MC satu hari lagi. Pergi buat x-ray", aku reply.."Ok bos, take care"..perghhh....berpura-pura sungguh.....hahahah, bebudak investment kat atas bergembira..suka betul deme bila aku cakap bos mc. siap cakap "hari ni kite leh cucuk langit'..ko tengok tu..lagi zalim kan...

Kepada bos sementara saya, saya doakan bos cepat sihat, bos batuk-batuk sebab bos banyak hisap rokok tu.., Jaga kesihatan..minggu depan kite jumpa...Tapi, hari khamis depan saya cuti yer bos..


Ini ialah pegawai investment kat atas..macam ni la rupa diorang kalau bos takder..



cyclone car wash and final destination

Korang mesti pernah cuci kereta dekat BHP kan..En. husband pernah la bawa triple A pergi cyclon car wash dekat BHP, Kepong. Serius anak aku yang adib tu takut gila.., adib muka legend tapi hati jambu..., dia dok tutup muka dari awal hingga la akhir...Adrean lak terpaku ke..terpesona ke..termusykil ke..aku pun tak tau la..tapi dia diam sediamnya..sampai la kami keluar dari BHP tu.

Aku tak de la nak ambil camera/fon nak ambil pic adib. Tapi, bila aku search google..aku jumpa la blog kwong fei ni. Dia pun ada cerita pasal cyclon car wash.

pic from BHP


Aku rasa lepas ni mesti adib tak bagi ayah dia pergi cuci kereta kat BHP dah. Sebabnya, malam tadi aku anak beranak tengok cerita final destination. Anak-anak aku ni memang 1st time kot tengok cerita ni sebab diorang dok la tanya aku.."lepas ni sapa mati ma?..lepas ni sape ma?"...

Tiga orang hero ni landing baeekk punya depan tv sambil tangan tutup telinga.., kalau tutup telinga tu maknanya diorang tengah takut la tue...sepatutnya tutup mata kan...heheheh, en, husband pulak takde..pergi rumah mak sekejap, aku dok kat sofa sambil menjahit baju..ececehhh..macam terer je bunyi jahit baju tu  kan..padahal jahitan dan macam rupa stapler kat baju jer..

Tetiba adrean dengan adam berlari dekat aku. Yang adib dah tutup muka terus dengan bantal..pehal lak budak-budak ni. Rupanya time tu ada part ni....
:
:
:


pompuan ni pergi cuci kereta macam kat BHP tu la.., hahahahadoi....terus anak-anak aku ni cakap..dah tak nak pergi cuci kereta macam ayah bawak tu..., takut la..ini la..itu la...macam-macam adam dengan adib bagi sebab kat aku. Adrean yang kecik tu pun sama naik..dok cakap..'akut..akut...", kesian sungguh la dengan anak-anak aku ni.

Tapi yang paling tragis malam tadi..bila cerita tu dah nak habis..masa panggung wayang meletup tu kan..tetiba rumah aku blackout..huihhhh....lagilah anak aku terkejut..adrean dah start nangis nak dukung..sabor je lah..

Aku dok cerita kat en husband pasal cyclon car wash tu..husband senyum jer.., senyum ada makna...makna pertama : memang dia tak bawak budak-budak dah kalau cuci kereta kat BHP, senyum kedua : Dia akan bawak jugak budak-budak ni ikut dia g cuci kereta kat sana..heheheh




Thursday, January 19, 2012

Yuran

Udah bayar deh..., itupun aku baru bayar hari ni. Minta tolong budak despatch kat opis ni..zap zup zap $2278.00 aku bagi kat budak tu suh bank in kan. Kalo aku g bayar jap g,conform2 aku sesat ke sogo.

Kat pwtc mana ada bank islam.., kene naik train g medan mara. Adalah lebih baik kiter minta pertolongan kawan kiter kan..thanx yer helmi :)

Lagi berapa hari je lagi kelas nak bermula..wah..sangat teruja dan bersemangat. Harap-harap semangat ni kekal la. Jangan mula2 kelas je semangat..pastu..dah kelaut..

tabung ayam saya belum penuh ...

thanks a lot......^_^